Friday, 17 January 2020

BUKIT DURIAN, BANDAR UTAMA GUA MUSANG

Satu lokasi yang semakin mendapat perhatian di jajahan Gua Musang, terutamanya penduduk bandar Gua Musang, ialah Bukit Durian. Bukit Durian terletak di Bandar Utama Gua Musang.

Bukit Durian setinggi 260 meter menjadi destinasi terbaharu penduduk jajahan ini untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah.

Mendapat nama bukit durian mungkin disebabkan di sekeliling bukit ini ditanam pokok durian. Sebelum ini bukit itu tidak bernama yang menjadi sebahagian kawasan berbukit berhampiran bandar Gua Musang.

Pembangunan Bukit Durian adalah sebahgian projek dilaksanakan oleh pemaju perumanah Bandar Utama. Pokok durian yang ditanam di atas bukit tersebut ialah dari jenis durian kunyit atau musang king.

Bukit Durian adalah sesuai untuk beriadah keluarga kerana kawasannya bersih, selamat dan bukitnya sesuai untuk aktiviti mendaki atau hiking.

Hiking Bukit Durian sangat sesuai untuk semua peringkat umur, mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Anda juga boleh berbasikal untuk sampai ke atas.

Di puncak disediakan tandas, di setiap laluan juga disediakan tong sampah. Masuk adalah percuma.

Kawasan ini merupakan hak milik persendirian, jadi mohon hormati hak-hak tuan rumah, jaga kelakuan, jangan buang sampah merata.

Sejak dibuka oleh pemaju perumahan Bandar Utama, kawasan Bukit Durian sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti bersenam dan mendaki bukit.

Dari puncak bukit pengunjung dapat melihat bandar Gua Musang dari semua sudut atau arah. Gua Musang kini berkembang membangun dengan pesat sejak beberapa tahun lalu. Bandar Utama sendiri menjadi sebagian episod pembangunan Gua Musang.

No comments:

Post a Comment