Wednesday, 22 January 2020

KENANGAN DAMAI SUASANA HIDUP KAMPUNG

Semasa bersekolah dahulu, apabila diarahkan melukiskan gambar pemandangan, pasti unsur ini dilukis iaitu rumah, bukit, tumbuh-tumbuahn dan burung, selain sinar matahari.

Itulah susana kampung yang digambarkan sebagai cukup menarik dan indah. Sesiapa juga pasti akan terpesona melihat sendiri pemandangan di kampung. Tenang dan damai.

Namun, setenang dan sedamai manapun suasana di kampung, ramai anak kampung terpaksa meninggalkan kampung demi untuk mencari rezeki di kota. Peluang pekerjaan di kampung agak terhad.

Pun begitu, anak kampung sentiasa merindui susana di kampung. Kepada yang masih ada keluarga di kampung, pasti setiap cuti atau ada masa terluang akan segera pulang di kampung.

Di kampung tenang dan damai. Tidak sesibuk dan gawat seperti di kota. Di kampung kita akan rasa cukup bahagia. Alam yang bersih dengan udara segar menjadikan kita begitu sayang dengan susana sedemikian.

Suasana yang segar dan nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi begitu mendamaikan. Di kelilingi oleh kehijauan pepohon serta nyanyian burung dan unggas, terasa hilang segala kekusutan.

Cuti dua hari bagaikan dua jam. Waktu terasa begitu singkat pabila berada di kampung halaman sendiri. Tidak puas untuk menikmati dan mengenang kembali saat-saat indah ketika tinggal di kampung.

Walaupun suasana di kampung saban tahun ada perubahan tetapi ianya sedikit pun tidak memusnahkan memori nostalgia silam.

Sebesar manapun kejayaan dan kegembiraan hidup di kota, kenangan di kampung tenang abadi. Sejauh manapun belut berenang, namun tetap pulang ke lumpur.

Sesiapa yang lupa dan benci kepada suasana di kampung, itulah manusia yang lupa daratan. Hidup penuh dengan kepura-puraan. Melupai kampung samalah melupai asal usul dan diri sendiri. Sesiapa yang lupa asal usul akan hidup tanpa jati diri. 

No comments:

Post a Comment