Thursday, 1 July 2021

PERKHIDMATAN FERI PASIR MAS SUNGAI KELANTAN

Sungai Kelantan membahagikan dua bahagian negeri Kelantan kepada bahagian barat dan timur. Jajahan berada di timur ialah Pasir Puteh, Bachok, Machang dan Kota Bharu. Manakala di barat pula Tanah Merah, Jeli, Tumpat dan Pasir Mas.

Ketika dahulu, untuk menyeberangi Sungai Kelantan menggunakan khidmat feri dan motorbot.

Gambar ini adalah perkhidmatan feri menghubungkan Kampung Seberang Pasir Mas (jajahan Kota Bharu) dengan bandar Pasir Mas. 

Pangkalan feri di sebelah Pasir Mas adalah berhampiran dengan tapak bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekarang ini.

Pangkalan untuk motorbot yang hanya membawa penumpang adalah berhampiran Dataran Air Muleh sekarang ini. Pangkalan ini lebih dekat dengan pusat bandar Pasir Mas.

Gambar: Feri membawa kenderaan dan penumpang menyeberangi Sungai Kelantan. Sumber gambar dari media maya 

No comments:

Post a Comment