Mengikut
definisi Kamus Dewan, perkataan ‘tukun’ bermaksud batu di laut yang tidak
kelihatan, batu karang.
Secara
semula jadi, tukun adalah merupakan tempat yang menjadi umpama rumah ataupun
tempat pembiakan atau perlindungan bagi habitat laut seperti ikan dan haiwan
lain.
Biasanya
di kawasan tukun ini ikan-ikan kecil akan berkumpul secara berkumpulan dan
sekaligus ianya akan mengundang kehadiran ikan ikan yang lebih besar datang
untuk mencari makanan.
Di
kawasan tukun ini juga akan didapati sesetengah habitat laut menjadikan ianya
sebagai tempat perlindungan daripada pemangsa.
Kini
dengan kajian yang dilakukan oleh para saintis telah dibuat inovasi iaitu
reka cipta telah membuat tukun tiruan.
Tukun
tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semula jadi seperti batu yang
diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat kepada pelbagai
hidupan marin terutama ikan.
Ada
juga tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot lama.
Struktur
tukun ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem
semula jadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira
setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun berkenaan
diletakkan.
Spesies
ikan komersil yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan ialah ikan kerapu,
merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan
lain-lain.
Walau
bagaimanapun bukan semua spesies ini kekal berada pada sepanjang tahun. Banyak
spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat
sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran
hidupnya.
Peranan
tukun dalam laut adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang perlu
dirancang dengan baik demi mempastikan sumber ikan laut terus ada.
Pembinaan tukun
No comments:
Post a Comment