ISLAM
Zakat adalah rukun Islam yang ketiga.
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam dan tidak diwajibkan
ke atas orang bukan Islam.
MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai
salah satu syarat wajib dan hamba tidak diwajibkan zakat.
MILIK SEMPURNA
Harta yang dikenakan zakat mestilah
ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak hiyazah) dan keupayaan mengurus (hak
tasarruf) di mana seseorang berhak menjual, menyewa dan seumpamanya ke atas
barangan tersebut. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dan orang bukan
Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira dalam pengiraan
zakat.
HASIL USAHA YANG
BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Semua pendapatan dan penggajian
sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber
harta yang dikenakan zakat.
CUKUP NISAB
Nisab ialah paras minimum pemilikan
sesuatu harta yang menyebabkan seseorang itu wajib mengeluarkan zakat. Bagi
kebanyakan harta, nisabnya ialah 20 misqal bersamaan nilai 85 gram emas pada
harga semasa.
CUKUP HAUL
Harta yang dimiliki itu genap setahun
Hijrah ( 354 hari ). Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan
jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat
pendapatan.
No comments:
Post a Comment