Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerap menerima panggilan
kecemasan kebakaran palsu yng dilakukan remaja nakal.
Namun, tindakan seorang ibu berusia 55 tahun dari Felda Jengka,
Maran, sanggup membuat laporan palsu mengatakan anak perempuannya lemas di
sungai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Laporan itu membawa kepada gerakan mencari dan menyelamatkan (SAR)
diaktifkan selama dua hari.
Bagaimanapun, SAR itu dihentikan selepas wanita berkenaan dan
‘mangsa’ tampil dengan memaklumkan bahawa perbuatan itu sengaja dirancang.
Laporan mengatakan wanita berusia 38 tahun itu lemas selepas
terjatuh ketika memancing di sungai berkenaan adalah palsu.
Wanita itu tinggal bersama ibunya sejak dua bulan lalu berada
dalam keadaan tertekan apabila terpaksa berpisah dengan empat anaknya.
Ketika kejadian dia memang berniat untuk terjun ke dalam sungai
itu tetapi dinasihatkan ibunya dan merancang seolah-olah kes lemas.
No comments:
Post a Comment