Ada
kelompok manusia berjuang untuk melakukan LGBT dan kahwin sejenis. Mereka ingin
hidup tidak ubah seperti tabie haiwan yang berpaksikan kepada nafsu semata-mata.
Islam
memang memberi hak kebebasan kepada penganutnya, namun dalam masih terikat
dengan garis panduan syarak iaitu berada di atas landasan amar makruf dan nahi
mungkar.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa ada melihat kemungkaran di hadapan kamu
maka hendaklah kamu mengubah dan mencegahnya dengan tangan kamu (dengan kuasa
yang ada pada kamu), jika kamu tidak mampu (dengan tangan kamu) maka hendaklah
kamu ubah dengan lidah. Jika kamu masih lagi tidak mampu, maka hendaklah kamu
ubah dengan hati. Itu adalah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan
Ibnu Majah)
Di
samping itu, Islam juga menegaskan bahawa setiap muslim berkewajipan
mempertahankan maruah dan hak masing-masing.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan
hartanya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan maruahnya
adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya adalah
syahid dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya adalah
syahid.” (Hadis riwayat Abu Daud, Nasai dan Tirmizi)
Kebebasan
yang bersifat relatif akan memberi peluang kepada seseorang melakukan apa saja
asalkan tidak mengganggu kebebasan orang lain dan tidak bertentangan dengan
ajaran agama.
Sebaliknya,
jika ada gangguan dan bercanggah dengan agama, sudah tentu masyarakat ramai
akan bertindak menegah perbuatan yang melampaui batas itu.
Menurut
Syeikh al-Syarawi, satu cara untuk seseorang memiliki kebebasan sepenuhnya
ialah dengan memencilkan dirinya daripada orang ramai dan hidup bersendirian.
Ketika itu, orang ramai tidak akan mengganggunya dan setiap perbuatannya tidak
akan ditegah dan juga tidak akan dilihat. Maka dengan itu, kamu akan bebas
melakukan apa saja yang kamu sukai.
Dengan
kata lain, kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dalam kamus kehidupan umat
manusia sejagat kerana keharmonian dan kesejahteraan hidup tidak akan wujud
jika keadaan masyarakat tidak bersistem dan mengikut peraturan serta
undang-undang.
No comments:
Post a Comment