Berkunjung ke Cameron Highland tidak
sah jika tidak memerhatikan keindahan pokok kaktus yang berwarna warni yang
dijual di beberap tempat tumpuan pengunjung. Kalaupun tidak membelinya,
melihatnya pun sudah satu kepuasan.
Di Cameron Highland terdapat banyak
jenis kaktus yang tidak terdapat di tempat lain. Setiap jenis kaktus mempunyai
keunikan tersendiri.
Tidak ramai yang menggemari kaktus kerana hampir seluruh batangnya dipenuhi duri tetapi kaktus memiliki keistimewaan untuk dijadikan salah satu perhiasan landskap sama ada di rumah mahupun di pejabat. Pokok kaktus di Cameron Highland memberi inspirasi kepada pengunjung untuk memulakan hobi berjinak dengan tumbuhan ini atau menambah koleksi sedia ada.
Harga kaktus yang dijual juga berpatutan iaitu serendah RM2 bagi saiz kecil. Sebagai permulaan, pengunjung boleh mencuba saiz kecil terlebih dahulu kerana menjaga kaktus bukan semudah yang dijangka.Tetapi bagi pengumpul koleksi tumbuhan ini, sudah pasti mereka sudah bijak untuk memilih yang mana menjadi pilihan mereka.
Di Cameron Highland terdapat banyak
kaktus yang berkualiti dan pelbagai jenis. Kaktus di Cameron Highland mempunyai
banyak pilihan. Ada macam-macam jenis kaktus yang boleh dibeli di sini. Saiz
pun boleh dipilih nak besar mana, dari kecil sampai yang terbesar.
Harga yang ditawarkan agak murah. Kaktus
di Cameron Highland ada yang dijual dengan harga serendah dua ringgit sahaja
untuk sepokok. Paling menarik, jika beli banyak, boleh tawar menawar. Pokok
kaktus dibeli di Cameron Highland sesuai hidup di kawasan lebih panas
berbanding di situ. Tapi mestilah kena pandai jaga. Sebelum membeli, pastikan
tanya kepada penjual macam mana nak jaga pokok kaktus itu. Lain jenis kaktus,
lain cara untuk menjaganya.
No comments:
Post a Comment