Penduduk
di lembangan delta Sungai Kelantan terutama di sebelah jajahan Tumpat menggunakan
pengangkutan bot untuk bergerak dari satu pulau ke satu pulau.
Namun
terdapat juga antara pulau dihubungkan dengan jambatan. Jambatan terbaharu siap
dibina ialah laluan dari Pulau Pantai Suri ke Pulau Haji Nik Mat.
Laluan
baharu itu amat penting untuk pelajar dari Pulau Pantai Baru, Pulau Pantai Suri
untuk berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.
Mengenai
Pulau Suri, ia diterokai oleh seorang bidan kampung yang dikenali sebagai Suri
sekitar 50 tahun lalu.
Sehingga
kini, Pulau Suri mempunyai sekitar 50 keluarga yang melakukan pelbagai aktiviti
ekonomi antaranya ekopelancongan sehinggakan ia terkenal sebagai salah satu
destinasi inap desa.
Pasar Terapung Pantai
Suri adalah salah satu daripada gugusan Pulau Suri yang
menawarkan aktiviti perdagangan kepada pengunjung di atas bot.
Pasar Terapung Pantai
Suri dimulakan pada September 2016 berjaya menarik ramai pelancong datang ke pulau tersebut.
No comments:
Post a Comment