Teori Ibnu Taimiyah tentang pemerintahan negara
menolak teori khilafah. Pendapatnya berdasarkan bahawa kekhalifahan tidak
mempunyai asas yang bersumberkan dari Al-Quran.
Memang benar Al-Quran secara khusus
menjelaskan keperluan terhadap pemerintahan dan kekuasaan, tetapi tidak
memaparkan secara tepat mengenai bentuk pemerintahan Islam. Al-Quran dan
As-Sunnah tidak menyatakan secara jelas bahawa pemerintahan negara perlu
mengikut bentuk khilafah.
Dengan penolakan tersebut, Ibnu Taimiyah membuka
ruang pilihan sistem pemerintahan bahawa apa yang penting ialah pilihan
berdasarkan kepada apa yang menepati syariat dan tidak semestinya mengikut
bentuk khalifah.
Tidak dinafikan corak pemerintahan khalifah menepati
syariat, tetapi tidak sepatutnya dilihat hanya satu-satu corak pemerintahan
yang dibenarkan dalam Islam.
Dalam Islam, negara memiliki peranan penting
(instrumental) untuk meraih tujuan-tujuan syariat, sebagaimana terungkap dalam
Al-Quran dan As-Sunnah. Ibnu Taimiyah menghendaki terwujudnya pemerintahan yang
menitikberatkan pada asas perundangan, kerjasama dan hubungan perjanjian
melalui proses pemilihan pemimpin.
Ada pertanyaan apakah sistem politik dan
kenegaraan yang disebut oleh Ibnu Taimiyah masih relevan dengan keadaan sosial-politik
sekarang? Kebanyakan ilmuan berpendapat apa yang disebut oleh Ibnu Taimiyah masih
relevan dan bahkan menjadi acuan kepada para negarawan untuk membangun sebuah
pemerintahan.
Dengan berlandaskan keinginan rakyat dan
memberikan rakyat ruang untuk mengambil bahagian dalam politik yang menjadi
asas kepada sistem demokrasi yang menjadi teras pemerintahan di kebanyakan
negara.
Pemikiran Ibnu Taimiyah yang menolak sistem
kepemimpinan Khilafah dan Imamah adalah satu pembaharuan kepada sistem
pemerintahan awal Islam. Melalui sistem demokrasi meletakkan rakyat sebagai 'subjek'
dan bukan hanya sebagai 'objek'.
Apakah sistem pemerintahan Ibnu Taimiyah
dapat dikatakan teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai
dasar pemerintahan negara)? Pertanyaan tersebut dapat dijawab bahawa sistem
pemerintahan Ibnu Taimiyah bukanlah sistem teokrasi.
Dalam sistem teokrasi mengakui Tuhan sebagai
penguasa yang sebenarnya dan hukum-Nya ditetapkan sebagai hukum berkaitan tugas
manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Justeru, dapat dikatakan bahawa sistem
pemerintahan diperjuangkan Ibnu Taimiyah bersifat monokratik. Sistem yang
monokratik bererti bahwa pemerintahan yang berkuasa merupakan hukum tertinggi
yang menggantikan segala bentuk kekuasaan lain.
Menurut Ibnu Taimiyah, memandangkan
pemerintah adalah mempunyai kekuasaan tertinggi dalam pemerintahannya, maka
adalah tanggungjawab pemerintah untuk menjalankan hukum syariat dalam
pemerintahannya.
No comments:
Post a Comment