Masuk keluar parti sudah perkara biasa.
Ia tiada kaitan dengan akidah. Boleh masuk mana-mana parti yang sesuai dengan asas
perjuangan dan cita-cita. Kalau sudah tidak suka, tidak kisahlah apa sebabnya, keluarlah.
Boleh pilih parti lain atau terus tidak lagi berparti.
Hanya satu perkara ingin dinasihatkan.
Kalau sudah keluar parti tu, tidak perlu cerita perkara buruk tentang bekas
parti pernah disertai. Kalau cerita yang buruk, maksudnya menceritakan
buruk diri sendiri. Mengapa dulu terlalu sayangkan yang buruk itu?
Sudah banyak kali orang kecewa akan
tinggalkan parti. Ada juga yang dibuang oleh parti. Mereka tubuh parti baru.
Itu hak dan kebebasan dalam negara demokrasi.
Katalah apa yang ingin dikatakan.
Parti baru itu bukan serpihan atau bukan kerana kecewa ia ditubuhkan. Itu
pendapat dan keyakinan masing-masing.
Asalkan jangan duduk buat fitnah
dan ganggu orang lain. Itu hak dalam negara demokrasi untuk mengatakan baik
tentang diri sendiri.
Jika amalan fitnah diamalkan, ia
mengganggu kehidupan rakyat. Di Malaysia, gajah pun difitnah apabila budaya
fitnah subur dalam masyarakat.
Sama ada parti politik baharu yang
diwujudkan untuk mengisi kekosongan atau kepentingan peribadi, itu tidak penting. Tubuhlah sebanyak mana parti yang diingini. Kerajaan tidak
sekat selagi ia memenuhi syarat yang ditetapkan.
Memang parti baharu mempunyai visi
yang berlainan. Jika sama dengan yang dahulu, tentu sekali tidak akan wujud
parti baharu.
Rakyat dan penyokong parti akan
membuat penilaian. Rakyat tidak dikongkong atau dihalang daripada
menyertai mana-mana parti. Rakyat sudah matang dan dapat membuat pilihan
sendiri parti mana ingin disokong.
Namun, satu perkara diingatkan,
jangan jual maruah bangsa, agama dan negara semata-mata untuk berkuasa. Perbautan
itu adalah petualang dan musuh negara.
Buatlah apa saja yang difikirkan
betul. Pada anda betul, tetapi pada pihak lain tidak betul. Itulah
perbezaan pendapat. Beza pendapat jangan sampai wujud perpecahan hingga merugi
agama bangsa.
Islam perlu kuat. Islam
menyediakan cara hidup dan bernegara yang benar. Tetapi, jika kita hanya
mementingkan diri dan kelompok, banyak perkara ditegah oleh agama dilakukan.
Islam suruh bersatu, tetapi mengapa perbalahan pula dilakukan. Islam menyuruh istiqamah, tetapi ramai yang mudah mengaku kalah dan kecewa.
Kalau gagal, jangan salahkan orang
lain. Muhasabah diri dan fikirkan kembali untuk berjaya. Sekali kalah, bukan
kalah selama-lamanya. Perjuangan yang benar perlu diteruskan. Jangan mudah kecewa dan merajuk.
Mengapa demi bekerjasama dengan
bukan Islam, kita tinggalkan perjuangan bersama-sama rakan seagama. Mengapa
kita lebih sayangkan sahabat berlainan agama berbanding saudara seagama.
No comments:
Post a Comment