Saturday, 14 March 2020

HARGA MINYAK JATUH EKONOMI MALAYSIA MERUNDUM

Harga minyak dunia sekarang merudum sehingga USD31/barrel akibat Covid-19. Ada penganalisa ekonomi menjangka harga minyak akan jatuh ke paras USD20.

Berita baik untuk pengguna kerana berkemungkinan harga petrol di stesen jatuh pada harga RM1.20/liter nanti.

Berita buruknya, bila harga rendah ianya adalah tidak baik untuk ekonomi Malaysia di mana belanjawan 2020 diunjurkan pada harga minyak USD60/barrel.

Ini bermakna Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menguncup kerana berlakunya kemelesetan antarabangsa.  

Penularan Covid-19 ini akan berlaku sekali lagi kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.  

Penjawat awam tidak akan merasa tempias masalah ekonomi merudum tetapi menjadi perit kepada mereka di swasta dan yang berniaga.

Apakah petanda kemelesetan ekonomi akan muncul?
- Harga rumah jatuh.
- Permintaan untuk rumah baru merudum.
- Perniagaan pembinaan merosot.
- Jualan kereta baru merosot.
- Pasaran saham menjunam.
- Harga minyak tidak stabil.
- Kadar pembunagan pekerja meningkat.
- Hutang kad kredit bertambah.
- Kadar inflasi meningkat.
- Harga barangan keperluan meningkat.

Ketika keadaan masih terkawal ini, elok ambil langkah berjaga-jaga. Berjimat dan mula menyimpan. Jangan buat pembelian atau hutang baharu.

No comments:

Post a Comment