Lata
Keding Bukit Kudung, Gemang, Jeli semakin dikenali ramai kerana menyimpan
seribu khazanah, flora dan fauna.
Bukit Kudung menyimpan pelbagai rahsia sejarah yang tidak diketahui ramai. Dikatakan kawasan tersebut pernah memilik kubu yang menjadi tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.
Di sebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan yang yang dikenali sebagai Batu 73 yang bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer.
Bukit Kudung semakin dikenali apabila Kamaruddin Awang, mengambil inisiatif meneroka kawasan terbabit selepas membeli tanah kebun di kawasan itu.
Kawasan
itu pada mulanya mahu dibina rumah, namun disebabkan kawasan yang menarik dia
memilih untuk membangunkan pusat rekreasi yang dikenali sebagai Lalang's.
Beliau berubah rancangan selepas melihat kawasan ini, dengan air terjun yang jernih, dan kawasannya yang cantik, maka terfikir olehnya untuk dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.
Beliau berubah rancangan selepas melihat kawasan ini, dengan air terjun yang jernih, dan kawasannya yang cantik, maka terfikir olehnya untuk dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.
Kawasan
rekreasi ini menawarkan pelbagai kemudahan lengkap kepada pengunjung. Antara
kemudahan yang disediakan seperti dewan terbuka, tapak perkhemahan, restoran,
mini zoo serta tandas. Terdapat juga chalet dan asrama.
Laluan mendaki yang agak mencabar selain
keindahan alam semula jadi yang tidak terusik menjadikan tempat ini unik dan
sesuai untuk warga kota menghilangkan tekanan bekerja.Keaslian sumber alam Khatulistiwa ini masih kekal terjaga dan berpotensi menjadi destinasi rekreasi bagi pencinta alam semulajadi.
Deruan air sungai jernih yang mengalir tenang, kicauan burung serta unggas yang mendamaikan dan kehijauan hutan rimba yang jauh dari kesibukan kota pastinya menjanjikan suatu pengalaman baru bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke lata ini.
Laluan masuk ke tempat ini adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
Lokasinya kira-kira empat kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat yang sempurna.
Pengunjung boleh memilih untuk menaiki kenderaan atau berjalan kaki untuk masuk ke kawasan ini.
No comments:
Post a Comment