Tuesday, 4 February 2020

MEMBERI SUMBANGAN DI TEPI JALAN


Di sekeliling kita masih banyak yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Namun, golongan ini cekal menghadapi dugaan hidup dengan berusaha sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain. Mereka berdikari melakukan kerja yang mampu dilakukan dengan penuh tekun.

Biarpun tidak meminta bantuan, mereka tidak menolak sebarang sumbangan yang diberikan kepada mereka. Kepada orang berada atau mempunyai sesuatu untuk disampaikan kepada golongan memerlukan, amalkan sikap mulia membantu sesama insan.

Membantu tidak semestinya dengan jumlah wang yang besar. Berilah apa yang kita mampu. Memberi pek makanan yang sekadar dua tiga ringgit juga satu sumbangan amat bermakna bagi golongan miskin. Mereka akan menerimanya dengan berbesar hati.

Untuk menyampaikan sumbangan tidak perlu ada acara rasmi. Sumbangan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jika kita bertemu mereka di tepi jalan atau di mana-mana sahaja, sampaikan apa yang ada itu.  

Yang memberi tidak perlu rungsing tentang rezeki dan keperluan sendiri. Sesiapa yang memberi akan dibalaskan dengan rezeki lebih banyak. Memberi itu tanda bersyukur. Allah akan menambah rezeki sesiapa yang bersyukur.

Orang Islam perlu lebih mementingkan sikap memberi dan membantu. Anda patut malu dengan prinsip hidup yang diamalkan bukan Islam, Beng Khieu seperti dikongsikan dia di FB.

Tulisnya: 
Kongsi rezeki ni belum pernah kawe dengar ada yang jatuh muflis.
Ada kes hok kawe tau, bilo dio berkongsi rezeki dengan ore miskin, khor muroh pulok rezeki dio. 

- Gambar adalah berkaitan dengan kiriman itu.

No comments:

Post a Comment