Monday, 22 June 2020

CIRI AYAM DISUNTIK AIR TEKNIK PLUMPING


Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.

Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Air disuntik di bahagian dada, paha dan punggung. Keadaan ayam yang disuntik kelihatan segar dan lebih besar.

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air:
- Daging mengecut apabila dimasak.
- Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat.
- Air bergenang di tempat ia diletak.
- Air keluar dengan banyak apabila dimasak.
- Air menitis dengan banyak ketika diangkat atau digantung.

No comments:

Post a Comment