Sunday, 30 August 2020

MAKAN SOSEJ TIDAK MUDARATKAN KESIHATAN

Banyak orang suka makan sosej. Di majlis berbeku, sosej menjadi salah satu menu utama. Malah, di kebanyakan rumah ada stok sosej untuk digoreng, dibakar atau direbus apabila diperlukan. Tidak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam.

Sosej dikaitkan dengan makanan tidak sihat. Namun, hakikatnya jika sosej yang disediakan atau dikilangkan menepati peraturan ditetapkan kerajaan, memakan sosej tidak mendatangkan mudarat, melainkan makan terlalu banyak dan kerap.

Sosej yang dijual perlu mengandungi lebih 65% daging dan kurang 30% kandungan lemak.

Mengikut kepada Peraturan 147, di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983, daging kiangan sama ada dipotong dalam bentuk sosej, dangan atau tanpa kulit, atau dalam bentuk daging buku, atau dalam bentuk lain, hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 65 peratus dagung. 

Teliti label pada produk makanan untuk mendapatkan maklumat pemakanan bagi memilih produk makanan yang mengandungi kurang garam dan lemak.

No comments:

Post a Comment