Malangnya, banyak orang menjadikan kereta sebagai tempat untuk mendengar muzik, berehat dan tidur. Dengan pendingin hawa yang sejuk terpasang, suasana dalam kereta sememangnya ideal untuk mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak.
Memetik satu laporan dari portal kesihatan, myhealth.gov.my, secara saintifik larangan itu benar dan dibuktikan betul bahawa tidur di dalam kereta dalam keadaan tingkat yang tertutup rapat, sangat berisiko tinggi mampu membunuh.
Di sini dikongsikan beberapa perkara bagaimana ia boleh berlaku dan mengapa amalan tidur di dalam kenderaan boleh mengundang risiko membabitkan nyawa.
Kegagalan sistem ekzos
Sekiranya
fungsi mekanikalnya tidak sampai ke tahap standard, potensi kebocoran ekzos
kereta ke dalam kabin kenderaan boleh berlaku sementara seseorang itu tertidur.
Apabila itu terjadi, ia mampu mengurangkan tahap oksigen di dalam kereta. Jika seseorang sedang tidur dalam perut kenderaan, pastinya tanpa disedari ia boleh mengundang kematian kurang dari sejam.
Karbon monoksida meningkat
Perkara
utama yang perlu diperhatikan ialah pengumpulan karbon monoksida (CO) yang
boleh disebabkan oleh kebocoran dari ekzos itu. Kegagalan fungsi sistem ekzos
juga menyebabkan tertumpunya CO yang akan menurunkan paras oksigen di dalam
kenderaan.
Paras oksigen berkurang menyebabkan seseorang itu sesak nafas atau tentunya sukar untuk bernafas. Itu boleh menyebabkan seseorang lemas.
Penurunan paras oksigen dalam darah
Peningkatan
tahap CO di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Darah yang
membawa lebih banyak CO boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba atau
kematian mengejut (sudden death)
Jika tingkap dibuka?
Satu
lagi kesalahan yang umum dalam kalangan orang ramai ialah membuka tingkap
kereta atas alasan bagi mewujudkan sistem pengudaraan yang mencukupi di dalam
kereta.
Walaupun dengan tetingkap kereta terbuka, CO akan berkumpul di paras yang lebih rendah, menyebabkan tahap oksigen di dalam darah akan diturunkan. Seterusnya itu mengakibatkan kehilangan cecair badan dan air. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
Bagaimana CO mampu membunuh?
Apabila
dihidu, CO meresap ke dalam saluran darah dan bergabung dengan hemoglobin,
molekul yang berperanan membawa oksigen (O2) ke seluruh badan. Gabungan O2
dengan hemoglobin dipanggil oxyhaemoglobin dan CO dengan hemoglobin dipanggil
carboxyhaemoglobin.
Menurut myhealth, jika kandungan CO dan O2 sama di dalam badan, hemoglobin lebih tertarik untuk bergabung dengan CO. Apabila semakin banyak CO bergabung dengan hemoglobin, maka kandungan O2 dalam tisu badan berkurang yang menyebabkan seseorang itu boleh mati disebabkan oleh sesak nafas.
Berbeza dengan sesak nafas yang menyebabkan badan menjadi biru, keracunan CO menyebabkan badan merah atau merah jambu. Ini adalah simptom biasa keracunan CO yang membezakan ia daripada kes sesak nafas yang lain.
Antara masalah untuk mengesan keracunan CO adalah kerana gas CO tidak berwarna, tiada rasa dan bau serta tidak menyakitkan. Kesukaran untuk mengesan keracunan CO menyebabkan mangsa tidak sedar dia sedang mengalami keracunan.
90 peratus simptomnya adalah rasa pening, letih, kabur pandangan yang kemudiannya membunuh mangsa secara senyap.
No comments:
Post a Comment