Sepanjang
perkhidmatan saya di 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD), seingat saya ada
2 kali saya dipanggil semula untuk bertugas semasa cuti tahun / long weekend.
Kali
pertama pada tahun 1986 ketika saya sedang bercuti tahun selama 10 hari di kampung
kelahiran saya di Kuala Kangsar, Perak. Seingat saya pada hari ke 4 bercuti tu,
ada anggota Polis Tentera datang ke rumah dan memaklumkan bahawa cuti saya
telah dibatalkan oleh Pegawai Memerintah (CO) dan saya dikehendaki balik ke
pasukan dengan seberapa segera.
Atas
tugas atau sebab apa tidak dinyatakan. Akur dengan perintah, saya terus bersiap
dan terus ke stesen bas Kuala Kangsar menaiki bas ke Kuala Lumpur dan dari Kuala
Lumpur ke Kuantan.
Atas
tujuan apa yer? Apa lagi kalau bukan tugas operasi (Op) khas Op Indera. Saya
dikehendaki membawa Platun UCIS (Pl UCIS) dan melapor diri kepada Markas
Taktikal 4 Briged (MK Tak 4 Bgd) di Kem Bentong.
Sebenarnya
saya bukan Ketua Pl UCIS. Cuma gantian sahaja sebab dalam masa yang sama
kebanyakkan pegawai muda yang ada sedang dalam persiapan untuk menduduki
peperiksaan kenaikan pangkat leftenan (Lt) ke Kapten (bertulis).
Hanya
saya jer yang belum layak menduduki exam lagi.
Op
Indera khas tu berjalan selama sebulan jugak baru tamat di sekitar kawasan
Lanchang / Jenderak / Kuala Kerau.. tak silap saya masuk ke kawasan operasi
melalui kawasan Pos Kuala Gandah (sekarag Pusat Konservasi Gajah PERHILITAN),
Lanchang..
Kali
kedua pula adalah pada tahun 1988 atau 89 (dah lupa) ... di mana pasukan 12
RAMD telah diatur gerak serta merta ke kawasan operasi khas Op Indera kawasan
Terowong Genting Sempah Janda Baik / hutan Gombak.
Rujuk
kes kejadian seorang pegawai (dari Kor Jutra tak silap saya) yang sedang
berkelah di Hutan Lipur Sungai Gombak bersama keluarga telah ditahan oleh
sekumpulan penganas komunis.
Pada
masa batalion (Bn) diaturgerakkan tu (hari Sabtu), saya berada di Kuala Lumpurkerana
cuti hujung minggu.
Pasukan
cuba berhubung dengan saya ke alamat yang tertera dalam buku weekend pegawai
tapi gagal.. yer lah masa tu mana ada HP.
Hari
Ahad malam, saya bergerak balik je Kuantan dari Puduraya. Sampai di Balai
Pengawal Kem, Ketua Pengawal telah memaklumkan bahawa saya dikehendaki melapor
diri di kawasan operasi pada esok pagi. Kenderaan sudah tunggu di MT line. Ration
compo sudah ada dalam bilik. Rupanya ada 2 pegawai lain yang long weekend juga
sedang tunggu kepulangan saya..
Panglima
4 Divisyen masa tu tak silap saya adakah Mejer Jeneral Datuk Borhan.
Op
khas ini jugak melibatkan beberapa Bn lain seperti 10 RAMD (Kem Seberang Takir.
Trengganu), 11 RAMD (Kem Kuala Lipis), unit-unit Infanteri dari area Kuala Lumpur,
Seremban dan juga dari Gruk Grak Khas (Komando) (tak ingat yang lain)
Dipendekkan
cerita Operasi Khas pengepongan tersebut ambil masa 2 minggu jugaklah.
Dalam
tempoh tersebut, hanya satu kejadian pertempuran yang berlaku melibatkan
anggota dari Kompeni A 12 RAMD telah ditembak oleh pengganas komunis semasa
Seksyen beliau sedang melaksanakan rondaan. Namanya tak silap saya Pbt
Baharuddin.. cedera di bahagian perut.
Sorrylah
geng.. agak panjang juga coretan saya ni.
Kalau
rasa boring..
Abaikan
sahaja..
Cuma
nak berkongsi memori kenangan lama ..
Sekian.
Oleh:
Hafiz Kamil
Penulis
bekas pegawai tentera
Gambar: Sekadar hiasan.
Mcm pendek sangat tuan... best baca cerita pengalaman mcm niππΌππΌππΌ semoga sihat selalu tuanππ»♂️ππ»♂️
ReplyDeleteCiter yg menarik untuk tahu kesudahannya.
ReplyDeleteAda sambungan tak ni tuan?
ReplyDelete