Penganugerahan
Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah kepada anggota ATM yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung mulai 1 Jan 1969 hingga Okt 1989 yang terlibat menentang
Komunis, dengan syarat tidak diberhentikan atas tindakan tatatertib seperti
yang terdapat di Para 49 (1).
Veteran
yang dianugerahkan PJM adalah mereka yang telah berkhidmat atau terlibat dalam
operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara
langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau fomasi ATM bagi
tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti
Komunis Malaya (PKM).
Veteran
yang telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3
bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6
bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga
17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga
layak dipertimbangkan untuk menerima PJM.
Selain
itu, kelayakan lain untuk layak dianugerahkan PJM ialah veteran yang telah
terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang
Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember
1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga
17 Oktober 1990.
No comments:
Post a Comment