Tuesday, 9 March 2021

KISAH ULAR MEMBELIT GERGAJI

Seekor ular masuk ke dalam bilik pertukangan. Ketika sedang merayap, ular itu terkena gergaji dan sedikit melukai dirinya sendiri. Pada saat itu, ular berpatah balik lalu menggigit gergaji itu hingga mulutnya terluka.

Kemudian, tanpa memahami apa yang terjadi padanya dan berfikir bahawa gergaji itu menyerangnya. Ular itu memutuskan untuk melilit gergaji tersebut. Semakin kuat ia melilit, semakin ia terluka parah.

Sahabatku...!!

Terkadang kita melepaskan amarah, berfikir untuk menyakiti orang yang telah menyakiti kita, tetapi sebenarnya kita menyakiti diri sendiri.

Tak perlu mengeluarkan ucapan yang menyakitkan hati, belajar sabar untuk tidak membalas. Belajar tahan marah meski amarah tinggi melangit.

Bila kita benar, orang yang memusuhi kita akan jatuh dan menelan kata-katanya sendiri.

Diam adalah lebih baik ketika kita sendiri tidak dapat mengawal kata-kata dan tindakan.

Jika perlu berkata-kata dan bertindak, pastikan ia berpaksikan kepada kebijaksanaan, berhemah dan tenang.

No comments:

Post a Comment