Wednesday 17 March 2021

Inilah masa bayar segera royalti kepada Kelantan

Satu perjuangan pemimpin dan ahli Pas ialah menuntut bayaran royalti minyak. Datuk Nik Abdul Aziz menyeru seluruh rakyat mendoakan "kemusnahan" terhadap pemimpin UMNO kerana tidak membayar royalti, sebaliknya wang ehsan yang dianggap melanggar prinsip keadilan asasi.

Kerajaan Pas Kelantan membawa isu tuntutan royalti ke mahkamah.

Selain itu ditubuhkan NGO Royalti untuk membentuk gerakan massa mendapat sokongan rakyat mendesak kerajaan BN membayar hak Kelantan.

NGO Royalti membuat perhimpunan di seluruh jajahan di Kelantan. Bahkan mereka berkumpul dengan berbaring di atas jalan raya menuju ke Parlimen sebagai bukti kesungguhan tuntutan mereka.

Malang sekali ketika Pas menjadi sebahagian parti memerintah Malaysia, isu tuntutan royalti menjadi sepi. Sepatutnya, ketika berkuasa, Pas perlu melaksanakan apa yang dituntut selama itu. 

No comments:

Post a Comment