Tidak
perlu bimbang ke panggung wayang. Itu pesan atau nasihat menteri. Jadi, kepada mereka
berminat untuk menonton wayang di pawagam boleh berbuat demikian selepas
kerajaan membenarkan sektor itu kembali beroperasi dengan pematuhan SOP yang
ketat.
Namun,
Parlimen masih belum dibuka untuk bersidang. Ini kerana tanpa bersidang,
menteri dan Ahli parlimen tidak terjejas dari segi pendapatan.
Sedangkan,
jika pawagam tidak dibenarkan beroperasi, ia menjejaskan pendapatan banyak
pihak. Selain pemilik pawagam, turut terjejas ialah pelakon, penulis skrip,
krew penerbitan, pembekal kemudahan industri dan banyak lagi.
Tambahan
pula, industri kreatif termasuk panggung wayang bukan sektor utama menyumbang
kepada kluster jangkitan Covid-19.
Kementerian
Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mempunyai data
lengkap selain menggunakan data sains sebelum memutuskan sesuatu tindakan yang
akan dibuat.
Tambahan
pula, yang pergi ke pawagam biasanya golongan muda. Kurang risiko kematian jika
dijangkiti Covid-19.
Berbanding
dengan Ahli Parlimen yang rata-rata sudah usia tua. Kalau dijangkiti Covid-19
amat berisiko berdepan kematian. Data menunjukkan majoriti kes kematian akibat
Covid-19 melibatkan golongan tua.
No comments:
Post a Comment