Wednesday 24 March 2021

Kesetiaan pada lambang dacing

Barisan Nasional (BN) pada ketika ini terdiri daripada empat parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah. UMNO merupakan sebahagian daripada gabungan BN sejak ia dibentuk pada 1973 dan sejak itu bertanding di bawah panji dalam setiap pilihan raya.

UMNO sudah sebati dengan BN yang berlambangkan ‘dacing’. Lambang dacing akan kekal menjadi identiti UMNO selain lambang ‘keris bersilang’ yang menjadi lambang parti.

Tentu sekali amat sukar untuk ahli UMNO menerima lambang lain. Walaupun nampak remeh, inilah hakikat mengapa ada di kalangan ahli akar umbi tidak mahu bersama Perikatan Nasional (PN) yang ada lambang sendiri.

Mereka tidak mahu menerima lambang ‘bulan bintang’, biarpun menggunakan warna latar belakang yang sama. Mana mungkin lambang baharu menggantikan lambang lama yang telah sinonim dalam politik tanah air.

Pada 19 Februari lalu, UMNO telah mengeluarkan keputusan bahawa tiada lagi kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15, namun kebersamaan dalam kerajaan gabungan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

No comments:

Post a Comment