Saturday, 27 March 2021

Mungkinkah BERSATU terima pelawaan UMNO, PAS sertai MN?

Muafakat Nasional (MN) telah menghantar surat kepada Parti Bersatu Bumiputera Malaysia (Bersatu) untuk menjemput parti tersebut menyertai MN yang kini disertai UMNO dan Pas.

Surat itu diutuskan setelah satu mesyuarat MN yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah memutuskan untuk menjemput Bersatu menyertai MN.

Surat jumputan itu ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara bersama.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Zahid Hamidi di akaun Twitter miliknya.

Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik UMNO dan Pas yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept 2020.

Mungkinkah Bersatu akan menerima pelawaan atau jempuatan tersebut? Jika ia diterima, Bersatu tidak akan jadi abang besar dalam MN kerana konsep MN sekarang tidak ada ketua, tetapi muafakat saling menghormati antara satu sama lain.

Tiada siapa lebih besar dalam MN, tetapi persetujuan bersama dijadikan teras kerjasama. Mahukah Bersatu mematuhi konsep ini?

Sekarang ini, boleh dikatakan semua urusan dalam Perikatan Nasional (PN) diketuai oleh Bersatu. Jika Bersatu menyertai MN, resam dan budayanya jauh berbeza. Bersatu perlu berubah.

No comments:

Post a Comment