Dalam
keadaan sekarang, banyak warga maya dan rakyat yang menzahirkan rasa tidak
puashati dengan prestasi kerajaan dalam menangani acaman Covid-19.
Jumlah kes Covid-19 terus meningkat seperti tidak ada tanda-tanda akan menurun, dan tidak mungkin akan hilang dalam tempoh masa terdekat.
Kegagalan itu bukan bermakna tiada ada usaha dilakukan. Siang malam menteri dan pegawai yang berkenaan bertungkus lumus melakukan usaha terbaik mencari jalan penyelesaian atau meredakan masalah yang dihadapi ini.
Dalam hal ini tiga menteri yang secara langsung bertanggungjawab dalam menangani isu ancaman Covid-19 menunjukkan kecemerlangan yang baik.
Menteri yang dimaksudkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri kesihatan) dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ismail Sabri yang dipertanggungjawab sebagai jurucakap kepada kabinet berkaitan Covid-19 tidak betah duduk diam. Apa sahaja isu berkaitan Covid-19 dalam jangkauan pengetahuan beliau. Maklumat tepat mengenai sesuatu keadaan tidak dipandang ringan demi rakyat mendapat yang terbaik.
Biarpun sering dicemuh dan dikecam kerana mengumumkan SOP tidak disenangi rakyat, beliau masih boleh menumpukan tugas dengan sebaiknya.
Beliau jarang mengeluarkan kenyataan politik kepartian. Usaha dan sepenuh tumpuan diberikan semata-mata untuk menyelesaikan keperluan mendesak berkaitan keselamatan rakyat.
Isu panas politik kepartian tidak menggugat kesetiaan Ismail Sabri untuk melaksanakan tugas. Beliau tidak memberi komen politik kepartian yang boleh menambah resah rakyat.
Beban perasaan rakyat mendepani ancaman Covid-19 yang turut melibatkan kewangan dan sosial tidak sepatutnya ditambah lagi dengan kegawatan politik.
Setiap isu dan apa jua tajuk yang dibincangkan boleh kita lihat dari pelbagai sudut dan kemahuan kita.
Jika kita mahu lihat ianya dari sudut positif maka positiflah jadinya. Jika kita sengaja mahu melihat ianya dari sudut negatif maka sah-sah ianya akan jadi negatif.
No comments:
Post a Comment