Sunday 6 June 2021

METODOLOGI KAJIAN MENGADUN MAKLUMAT

Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun dan menstruktur setiap maklumat yang diperoleh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Penyelidikan dilakukan dengan mengikut langkah-langkah tertentu yang telah diatur khas bagi menghasilkan maklumat-maklumat bersifat terkini.

Secara keseluruhannya metodologi merupakan satu kaedah atau cara yang dapat mengawal maklumat yang diperoleh bagi sesebuah penyelidikan.

Metodologi yang digunakan mesti bersesuaian dengan objektif tajuk latihan ilmiah. Ia merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan berkualiti.

Metodologi Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang  merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.

Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.

Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan  menyelidik, pemeriksaan, penyelidikan dengan teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996).

Rekabentuk Kajian dan Tempat kajian
Rekabentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan. Ia menjelaskan bagaimana dan di mana kajian dilakukan.

Metode Pengumpulan Data
Metode pengumpulan data adalah salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat dan data mengenai kajian supaya metode yang relevan diperoleh bagi menghasilkan maklumat yang tepat dan sesuai.

Metode Analisis Data
Metode ini bermaksud proses mengesan dan mengenalpasti bentuk atau paten data yang telah dikumpulkan untuk membuat interprestasi. Ia mampu mengenalpasti hubungan antara data-data sebelum membuat rumusan dan kesimpulan daripada apa yang dikaji.

Dalam menganalisis data yang diperoleh, terdapat beberapa metode boleh diguna pakai seperti metode induktif, metode deduktif dan metode komparatif.

Metode Induktif
Metode ini bermaksud pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal yang bersifat khusus untuk mencapai dalil yang bersifat umum.

Metode ini digunakan dalam menghuraikan definisi tajuk, menganalisis data serta membentangkan hasil laporan penyelidikan sekaligus membuat kesimpulan.

Antara data-data yang  dianalisis melalui metode ini seperti al-Quran, al-Hadis, kamus, akhbar-akhbar, risalah-risalah, buku-buku rujukan dan juga fail-fail kes yang berkaitan.

Metode Deduktif
Metode ini bermaksud cara menganalisa dan melakukan penulisan berdasarkan pola berfikir yang mencari pembuktian dari dalil umum terhadap hal-hal yang bersifat khusus.

Metode ini untuk membuktikan kebenaran teori atau kaedah yang digunakan dalam perolehan maklumat untuk penyelidikan.

Metode Komparatif
Penggunaan metode ini ialah bagi membuat rumusan daripada data yang diperoleh hasil perbandingan antara data-data yang dikumpulkan. Melalui perbandingan dapat dibuat kesimpulan secara menyeluruh.

Kajian Kepustakaan
Antara kajian kepustakaan yang dapat diaplikasikan adalah:

Metode Dokumentasi
Secara amnya, metode ini adalah hasil pengumpulan maklumat dan data yang diperoleh melalui dokumen-dokumen penting sama ada berdasarkan bahan-bahan yang bertulis dan cetak.

Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti al-Quran, al-Hadis, buku-buku ilmiah, statut, kamus, akhbar-akhbar serta fail-fail kes berkaitan dengan tajuk.

Metode ini digunakan untuk menerangan definisi tajuk, sumber yang berkaitan dengan tajuk dan segala data yang diperlukan.

Metode Deskriptif
Metode ini digunakan bagi meghuraikan kesemua maklumat dan data-data yang diperoleh secara teliti, terperinci dan menyeluruh. Ini bertujuan agar segala maklumat yang dikupas dan dibincangkan dapat difahami dengan jelas oleh pembaca.

Metode Penentuan Subjek
Metode penentuan subjek bertujuan untuk menentukan subjek kajian yang terlibat di dalam proses pengumpulan data bagi sesuatu penyelidik. Ia bergantung kepada keluasan sesuatu persoalan yang hendak dikaji. Metode yang digunakan adalah metode sampling atau kaedah percontohan.

Metode Temubual
Metode temubual atau wawancara bermaksud mendapatkan keterangan secara lisan daripada responden dengan cara berhadapan.

Metode Observasi
Metode observasi ini bermaksud pengamatan dan pemerhatian. Penggunaan metode ini antara lain untuk menambahkan lagi maklumat dengan membuat pemerhatian secara rawak terhadap sesuatu perkara. Dengan ini, akan dapat membantu memantapkan maklumat-maklumat yang diperoleh.

 

No comments:

Post a Comment