Thursday, 10 June 2021

TULAR GAMBAR PEMIMPIN MAKAN MI SEGERA

Gambar Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob makan mi segera menjadi tular. Sebenarnya kedua-dua gambar itu telah lama. Gambar Azmin dikatakan dirakamkan pada tahun 2018 dan Ismail Sabri pula tahun lepas.

Biarpun gambar lama, tetapi ia tetap membawa dimensi atau sudut pandang berbeza bagi warga maya.

Warga maya muat naik gambar Azmin setelah menteri dikenakan potongan gaji selama tiga bulan untuk disumbangkan kepada tabung Covid-19.

Salah satu kapsyen untuk gambar Azmin oleh warga maya berbunyi, ‘baharu potong gaji tiga bulan sudah kena makan mi segera’.

Kapsyen itu memberitahu nasib malang lebih dirasakan oleh rakyat yang setengahnya sudah lebih setahun hilang pekerjaan.

Azmin dilihat lebih mengutamakan pemilik kilang berbanding rakyat apabila membenarkan banyak kilang beroperasi ketika penutupan penuh operasi ekonomi dan sosial sehinggakan pada peringkat awal operasi kilang arak pun dibenarkan, sebelum ia dibatalkan oleh Ismail Sabri.

Gambar Ismail Sabri makan mi segera menyusul setelah tular gambar Azmin.

Gambar Ismail Sabri ditularkan bersama-sama dengan gambar Azmin dan kemudian turut dimuat naik gambar beberapa pemimpin lain juga makan mi segera.

Biarpun gambar sama makan mi segera, tetapi ia membawa ‘cerita’ yang berbeza.

Gambar Azmin makan mi segera secara santai di rumah. Sedangkan Ismail Sabri makan di “tempat kerja” untuk mengalas perut sebelum meneruskan tugas.

Inilah dikatakan gambar ‘sama’ tetapi cerita berbeza.

Gambar ini pastinya akan tular lagi pada masa akan datang dalam bentuk dimensi yang lain pula.

Apa yang penting, warga maya mengetahui cerita sebenar di sebaliknya, kisah menteri makan mi segera kerana terlalu sibuk dengan tugas. Itulah Ismail Sabri.

No comments:

Post a Comment