Iklan
hanya tawaran, tetapi tidak bermakna ia baik dilakukan yang mana pengguna
berhak membuat pilihan terbaik untuknya.
Semua
iklan sememangnya menampilkan mengenai kelebihan dan galakan menggunakan
barangan dan perkhidmatan, sedangkan apa yang diiklankan tersebut tidak menggambarkan
apa sebenarnya seperti diharapkan atau difahami oleh pengguna.
Oleh
sebab itu pengguna perlu berhati-hati sebelum mempercayai kandungan iklan agar
tidak menanggung kerugian.
Pengguna
yang bijak menggunakan iklan sebagai membuat pilihan mana yang lebih baik dan
sesuai dibeli, bukannya menentukan apa yang perlu dibeli.
Sebarang
tawaran perlu diteliti dan difikirkan mengapa harus membeli. Sikap terlalu
mengikut kehendak hati akan menyebabkan keburukan.
Kempen
jualan diadakan mudah mendorong pengguna berbelanja lebih. Barang yang
sebenarnya tidak berapa diperlukan turut dibeli disebabkan terpengaruh dengan
tawaran istimewa.
Disebabkan
membeli barang tidak sepatutnya dibeli, pengguna menghadapi masalah belanjawan.
Wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain telah digunakan untuk membeli
barang tersenarai tawaran istimewa.
Sebenarnya
didapati banyak tawaran istimewa dibuat peniaga tidak dilakukan dengan jujur.
Pengguna
hanya menilai dari segi potongan harga, sedangkan mereka tidak menilai
kebanyakan barang yang diberi potongan harga istimewa keadaan kualitinya tidak
elok, barang stok lama, fesyen lama, barang cacat dan hampir tamat tempoh.
Kebiasannya
barang jenama terkenal yang dikawal mutunya tidak akan diberi tawaran istimewa.
Jika ada tawaran potongan harga diberikan, ia hanya dalam peratusan kecil,
bahkan kebanyakan barang berjenama tidak ada potongan harga langsung.
Peniaga
perlu menjelaskan dengan jujur mengapa potongan harga istimewa dibuat seperti
fesyen lama, barang kurang bermutu dan sebagainya. Jika pengguna masih berminat
membelinya, biarpun mengetahui perkara sebenar, maka ia diharuskan.
Pengguna
perlu menggunakan kebaikan menggunakan iklan dan jangan terpengaruh membuat
pembelian yang tidak perlu dan menjadi mangsa kelicikan pengiklan menampirkan
iklan yang menarik.
No comments:
Post a Comment