Tuesday, 2 November 2021

MAKSUD DASAR KABOTAJ

 
Kabotaj (Cabotage) merupakan pengangkutan barangan atau penumpang antara dua titik dalam negara yang sama. Pada asalnya bermula dengan perkapalan, kabotaj kini turut melitupi penerbangan, kereta api, dan pengangkutan jalan.

Kabotaj adalah "perdagangan atau navigasi di perairan pantai, atau, hak ekslusif sesebuah negara menguruskan laluan udara dalam jajahannya."

Kabotaj kebiasaannya digunakan sebagai sebahagian istilah "hak kabotaj," hak bagi sesebuah syarikat dari satu negara untuk berdagang di negara lain.

Perdagangan kabotaj adalah istilah politik menggambarkan "perdagangan persisiran sesebuah negara oleh kapal yang mengibar bendera negara tersebut".

Biasanya, negara perindustrian mempunyai undang-undang khas berkenaan perdagangan dan pengangkutan barangan dan penumpang dalam perairan negara mereka apabila kapal yang membawanya didaftarkan secara tempatan.

Undang-undang ini dikenali sebagai "undang-undang kabotaj", memberikan konsesasi kepada kapal tempatan dengan menghadkan pelabuhan dan penggunaan laluan oleh kapal dengan pendaftaran asing "bagi menggalakkan pembangunan penggangkutan tempatan"

Pada awalnya, undang-undang sebegini akan melindungi perdagangan tempatan dengan memberikan kelebihan berbanding eksport. Kemudian ini akan meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan bayaran yang didapati dari kapal asing.

Negara mendapat peningkatan pendapatan apabila perniagaan asing memutuskan untuk mendaftar kapal mereka secara tempatan.

Untuk mengelak undang-undang dan cukai sebegini, perniagaan sejagat mendaftar kapal mereka dengan negara kepulauan keci, yang mempunyai kurang sekatan pengangkutan dan dicukai jauh lebih rendah berbanding negara asal mereka.

Setiap negara memiliki peraturan dan undang-undang tersendiri mengerai perdagangan kabotaj. Sebagai contohnya, peraturan kabotaj di bawah Akta Marin Perdagangan 1920 (US) menghadkan pengangkutan barang atau penumpang antara pelabuhan Amerika Syarikat kepada kapal yang dibina di Amerika Syarikat dan mengobarkan bendera Amerika Syarikat.

Sebagai tambahan, sekurang-kurangnya 75 peratus anak kapal mestilah rakyat Amerika Syarikat. Selain itu pembaikian badan dan struktur utama kapal yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat dihadkan kepada 10 peratus berat besi binaan asing. Larangan ini menghalang kebanyakan kapal Amerika Syarikat dari diubah suai di limbungan kapal asing.

No comments:

Post a Comment