Menggunakan ubat diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan.
Jika
diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
Jika
di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis.
Ini
kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi
tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu
semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”
Jika
di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam
perkara darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.
Kaedah
iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah
lain iaitu yang bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.
Dalam
penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep darurah, terdapat
beberapa syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:
Darurah itu
memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas
kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalaupun kekhuatiran itu berdasarkan
andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses
pengalaman dan pemerhatian.
Orang
yang berada dalam keadaan darurah itu tidak ada jalan yang lain
dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. contohnya seseorang
yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba
kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak
menggunakan sistem riba.
Orang
yang dalam keadaan darurah itu mestilah berusaha jangan memilih
perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan
usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh,
memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan
pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).
Ini
bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang
ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringkas
dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
Ketika
melepaskan keadaan darurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya
kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang
berkenaan berdasarkan kaedah-keadaan darurah diukur dengan
tingkatannya.
Dalam
isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa,
syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah
disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta
mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk
diambil.
No comments:
Post a Comment