Saturday 22 January 2022

UMNO Kelantan putus hubungan dengan Pas

 
UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan PAS negeri menerusi Muafakat Nasional (MN), berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan BERSATU dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan berkenaan dicapai secara sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan PAS negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Menurut Jazlan, pendirian ini dibuat dengan rasa yang sedih kerana akan mengharungi jalan berliku secara solo.

Biarpun di pihak pimpinan PAS Kelantan meminta agar ditangguhkan keputusan yang dibuat ini, tetapi Jazlan menjelaskan selaku pemimpin UMNO di Kelantan mengambil risiko dengan membuat keputusan tersebut.

No comments:

Post a Comment