Friday, 20 January 2023

KAMPUNG CINA, PENEMPATAN AWAL PENGHIJRAH CHINA

 
Kampung Cina tersebut merupakan penempatan orang Cina terawal di Kota Bharu. Penghuni asal adalah rakyat negara China yang berhijrah ketika zaman pemerintahan Long Yunus antara tahun 1782 hingga 1795.
 
Sejarah kaum Cina di Malaysia sememangnya penuh warna-warni dan keunikan. Kepelbagaian bangsa dan budaya inilah yang menjadi kekuatan kepada Keluarga Malaysia.
 
Antara mercu tanda terkenal di Kampung Cina ialah Tokong Mek. Tokong Mek dipercayai tokong tertua di Kelantan yang dibina pada tahun 1790 dan kini masih kekal elok dan dijaga dengan baik.

No comments:

Post a Comment