Gambar atau video tanpa kapsyen yang
dihantar ke media sosial boleh timbulkan fitnah dan kegusaran di kalangan
khalayak awam. Ia juga boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab dan
sebagainya.
Kalau pengirim sendiri tidak tahu
mengenainya, jangan dihantar sesuatu yang anda sendiri tidak tahu atau tidak
pasti. Jangan kongsi jika tidak pasti.
Contoh, apa yang anda faham dan tahu
tentangnya, selain bayaran yang dikenakan? Tahukah anda di mana tempat itu?
Sepatutnya dinyatakan bahawa gambar itu untuk memberitahu tentang bayaran yang
dikenakan untuk memasuki kawasan tertentu (dinyatakan namanya).
Oleh itu, pastikan setiap gambar dan video
ada kapsyen atau penjelasan mengenainya. Melaikan dalam gambar atau video telah
ada maklumat mengenainya.
Apa guna hantar gambar atau video sedangkan
orang tidak faham, bahkan boleh timbulkan keburukan.
Anda boleh mengubah kepada keadaan lebih
baik di media sosial.
No comments:
Post a Comment