Wednesday, 31 May 2023

HARGA IKAN BERBEZA MENGIKUT LOKASI

 
Ini catatan Mohd Abdul Hadi Ismail di akaun FBnya. “Semalam singgah di pasar malam Inanam Kota Kinabalu, beli lebih sedikit ikan sebab nampak harga jauh beza berbanding di Ranau. Harga barang keperluan berbeza mengikut lokasi, kawasan pergunungan hasil tanaman seperti sayur dan buah buahan murah sedikit berbeza dengn hasil laut dan ternakan seperti ayam kerana faktor pengangkutan.”
 
Kenyataan itu memang tepat. Harga barang keperluan memang berbeza-beza mengikut lokasi. Semakin jauh dari tempat asalnya atau sumber, maka semakin tinggi harganya. Ini kerana ia melibatkan kos pengangkutan dan foktor-faktor lain.
 
Pada gambar itu, ikan yang dikenali penduduk setempat (Ranau) dengan nama ikan basung, harganya hanya RM4.00 sekilogaram. Kalau dibeli tiga kilogram, harganya boleh dikurangkan RM10. Keadaannya masih segar dan elok. Kalau ketika tertentu, beli satu kilogaram pun boleh dengan harga RM3.00.  Murah betul tu.
 
Berdasarkan kepada komen, ikan basung di Ranau boleh mencecah RM10 sekilogram. Itupun keadaannya sudah kurang elok. Mata ikan sudah menjadi merah dan perut mahu pecah.
 
Jadi, kalau berpeluang pergi ke tempat bekalan yang menawarkan harga yang lebih murah, elok terus dibeli dengan kuantiti yang banyak. Namun, berhati-hati jangan pula sampai membazir.

No comments:

Post a Comment