Ikan tongkol hitam atau di Kelantan lebih
dikenali sebagai ikan aya hitam memang menjadi pilihan. Ikan tongkol hitam
memang menjadi menu atau bahan “wajib” untuk nasi berlauk dan nasi dagang. Ia
juga turut menjadi pilihan untuk gulai ikan kari.
Ikan tongkol sebenarnya ada dua jenis.
Pertamanya ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Kedua-duanya nampak
hampir sama, kecuali pada beberapa ciri.
Ciri-ciri ikan tongkol hitam:
- Kulitnya lebih gelap daripada ikan
tongkol putih.
- Sirip ikan tongkol hitam lebih panjang.
- Pada badan ikan tongkol hitam, tiada
jalur, hanya bintik-bintik hitam halus.
- Isi ikan tongkol hitam lebih lembut dan
sedap.
- Biasanya, ikan tongkol hitam lebih mahal
daripada ikan tongkol putih.
Memandangkan ikan tongkol hitam memiliki sirip lebih panjang, makan dipanggil atau dikenali mambu sayap atau mamu sayap.
Ikan tongkol hitam bukan sahaja enak
rasanya, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti omega-3, zat
besi, vitamin B, dan protein tinggi. Ia juga rendah kalori dan baik untuk
kesihatan jantung.
Ikan tongkol hitam juga tidak menyebabkan gatal berbanding ikan tongkok putih yang boleh menyebabkan gatal badan dan hidung bagi sesetengah orang.
Walau bagaimanapun, ikan tongkol putih juga
sesuai untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi yang lebih
keras atau tidak mudah hancur biarpun dimasak lama atau dipanaskan kembali. Harganya juga lebih murah di pasaran.
Ciri-ciri ikan tongkol putih
Tongkol hitam
No comments:
Post a Comment