Thursday, 15 February 2024

SEJARAH PEMBINAAN TERUSAN PANAMA

 
Terusan Panama adalah laluan air buatan sepanjang 82 kilometer di Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik melintasi Segenting Panama dan merupakan laluan perdagangan maritim.

Jalan pintas Terusan Panama sangat mengurangi waktu bagi kapal untuk melakukan perjalanan antara Lautan Atlantik dan Pasifik, memungkinkan mereka untuk menghindari laluan yang panjang dan berbahaya di sekitar hujung paling selatan Amerika Selatan melalui Selat Drak atau Selat Magellan.

Rancangan untuk membuat sebuah terusan di Segenting Panama pertama kali dicetuskan oleh Raja Charles V dari Sepanyol pada tahun 1524 untuk mempermudah laluan kapal, terutama yang membawa emas.

Walaupun sudah ada hasil kajian dan rancangan pembinaan pada tahun 1529, keadaan politik dan teknologi pada ketika itu masih belum memungkinkan pembinaanya.

Kejayaan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 hasil kepakaran jurutera Ferdinand de Lesseps dari Perancis, Terusan Panama mula dibina pada 1 Januari 1880. Namun, pembinaannya terhenti pada 1893 disebabkan acaman penyakit yang menyebabkan banyak pekerja meninggal dunia.

Pembinaanya diteruskan pada 1904 oleh Amerika Syarikat yang ketika itu dipimpin oleh Theodore Roosevelt hasil persefahaman dengan kerajaan Panama yang baharu mencapai kemerdekaan daripada penguasaan Colombia hasil penglibatan Amerika Syarikat.

Penyambungan projek yang bermula pada 4 Mei 1904 itu mengambil masa selama 10 tahun dan 25 ribu pekerja berusaha siang malam untuk disiapkan apabila ia dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 1914. Kapal bernama Ancon merupakan kapal pertama melalui Terusan Panama sepenuhnya. Kos pembinaannya kira-kira $350 juta dolar Amerika Syarikat.

Terusan Panama serta kewasan sekitarnya dikawal atau dikuasai oleh Amerika Syarikat sehingga 31 Disember 1979 setelah Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter telah menandatangi Perjanjian Torrijos pada 7 September 1977.

Mulai 31 Disember 1979, Terusan Panama dikendali dan dikuasai oleh Pihak Berkuasa Terusan Panama.

Untuk melepasi Terusan Panama, setiap kapal perlu melalui tiga buah kunci air dan purata pelayaran mengambil masa kira-kira 9 jam.

Tiga kunci air tersebut ialah Kunci Air Gatun, Kunci Air Pedro Miguel dan Kunci Air Miraflores.

Kapal yang datang dari arah Lautan Atlantik akan memasuki Kunci Air Gatun. Di Kunci Air Gatun, ketinggian air akan ditambah sehingga mencapai 26 meter dan laluan akan dibuka untuk memasuki Tasik Gatun. Kapal kemudian melintasi Tasik Gatun sepanjang 37 kilometer dan Gaillard Cut (Culebra) sepanjang 13 kilometer hingga tiba di Kunci Air Pedro Miguel.

Sesampai di Kunci Air Pedro Miguel, paras air akan menurun sekitar sembilan meter Kapal kemudian meneruskan pelayaran menuju Tasik Miraflores. Tasik ini lebih kecil berbanding Tasik Gatun.

Apabila memasuki Kunci Air Miraflores, kapal akan diturunkan hingga sejajar dengan tinggi permukaan dan kemudian akan kembali berlayar bebas ke Lautan Pasifik.

Jarak dari Kunci Air Gatun ke Kunci Air Miraflorest mencapai 80 kilomter. Setiap memasuki kunci air, kapal akan ditarik oleh semacam kereta dari sisi sisi kanal untuk menjaga kedudukannya.

Tahun 2007 lalu, keluasan kunci air Terusan Panama mulai diperluas. Ukuran asal 305 meter panjang dan lebar 33,5 m, suatu ukuran yang difikirkan telah terlalu besar pada tahun 1914, ukuran ini sudah tidak sesuai untuk kapal-kapal pembawa kontena dan gas cecair besar maupun kapal-kapal induk atau pengangkut pesawat terbesar Amerika Syarikat.

Contohnya, kapal pesiar “Queen Elizabeth 2″, ketika melalui terusan hanya ada ruang 75 cm dari sisi badan kapal hingga dinding tebing di kedua sisinya. Kapal tempur Amerika Syarikat “New Jersey” menyisakan ruang tidak sampai 25 cm di kedua sisinya.

Kira-kira 14,000 kapal belayar melalui Terusan Panama setiap tahun, menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.

No comments:

Post a Comment