Friday, 5 April 2024

BERHATI-HATI ANCAMAN ULAR PADA MUSIM PANAS

 
Pada musim panas, bukan manusia sahaja yang berada dalam keadaan tidak selesa, bahkan seluruh hidupan lain termasuk reptilia (haiwan berdarah sejuk).
Pada musim panas, reptilia seperti ular akan keluar mencari tempat sejuk untuk berlindung terutamanya di kawasan celah batu, rumah, dapur dan tandas. Sebab itu, dinasihatkan kepada penduduk agar lebih berhati-hati kemungkinan ular akan memasuki kawasan rumah dan tinggal di dalamnya untuk tempoh masa yang lama.
Selain itu ada ular yang mengambil kesempatan untuk berada di dalam kereta yang cermin tingkap tidak ditutup sepenuhnya, atau berada di bahagian enjin.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap sebanyak 2,998 ekor ular dalam tempoh tiga bulan iaitu Januari, Febuari dan Mac 2024 ketika mana pada bulan-bulan berkenaan adalah musim panas. Daripada jumlah itu, sebanyak 991 ekor ular ditangkap pada Januari, Februari (1,073) dan Mac (934).
Ular tedung, sawa dan rusuk kerbau merupakan antara jenis reptilia itu yang paling banyak ditangkap di seluruh negeri ini semasa musim panas. Kes tangkapan ular paling banyak dilaporkan ialah di sekitar Kota Bharu.
Kesemua ular yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment