Saturday, 20 April 2024

MAHAL HARGA ILMU DAN PENGALAMAN

 
Kisahnya, sebuah kapal persiaran gergasi telah mengalami kerosakan di bahagian enjin. Kapal mewah itu tidak dapat berlayar sejak beberapa bulan. Biarpun pemilik kapal telah beruaha membaikinya dengan menggunakan khidmat pakar menggunakan peralatan canggih, namun ia masih tidak berjaya.
 
Pemilik kapal menanggung kerugian besar kerana kepal tidak dapat berlayar yang bererti tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mewah yang biasanya dikenakan bayaran beribu-ribu ringgi seorang setiap kali belayar.
 
Usaha mencari jurutera atau juruteknik yang dapat membiaki engin tersebut diteruskan. Lalu datang seorang juruteknik enjin yang seakan-akan pekerja biasa sahaja. Tidak banyak cakap dan merendah diri.
 
Dia memeriksa enjin dengan teliti, dari atas ke bawah. Selepas melihat segala-galanya, juruteknik itu memunggah begnya dan mengeluarkan tukul kecil.
 
Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup semula. Enjin telah dibaiki! Kapal persiaran mewan dapat beroperasi kembali. Pemilik kapal bakal mendapat untung besar lagi.
 
Selepas selesai tugas, juruteknik itu memberitahu kepada pemilik kapal bahawa jumlah kos membaiki kapal gergasi itu ialah RM20,000.
 
Pemilik kapal terkejut dan mempertikaikan jumlah yang dinyatakan. Dia menganggap apa yang dilakukan juruteknik itu sekadar ketuk beberapa kali menggunakan tukul kecil dan tidak mengambil masa yang lama.
 
Pemilik kapal mahu penjelasan terperinci upah bagi setiap tugas yang dilakukan.
 
Maka, dijelaskan oleh juruteknik bahaya tugasnya mengetuk hanya upahya RM2. Selebihnya iaitu RM19,998 adalah bayaran tahu tempat untuk mengetuk dan berapa banyak yang perlu diketuk.
 
Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang kerana itu adalah hasil perjuangan, percubaan dan juga air mata.
 
Jika mereka melakukan kerja dalam masa 30 minit, itu kerana telah menghabiskan 20 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam masa 30 minit. Jadi, harga ilmu dan pengalaman orang lain yang telah diusahakan untuk mendapatnya dalam tempoh masa yang panjang.
 

No comments:

Post a Comment