Tuesday, 14 July 2026

PUSAT LATIHAN KENEGARAAN ALOR GAJAH

 
Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah. Ia merupakan pusat latihan di bawah kendalian Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Jabatan Perdana Menteri ini terletak di Jalan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.

Jarak dari bandar Alor Gajah adalah kira-kira 20 kilometer melalui Jalan Kemuning, Gadek dan Jalan Hutan Percha. Lokasinya tidak jauh dari sempadan Melaka dengan Negeri Semibilan.

Biarpun PLK ini terletak bersebelahan dengan landasan kereta api, stesen terdekat ialah di Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan. Jaraknya kira-kira 14 kilomter.  

PLK ini kini beroperasi sebagai hab strategik untuk memupuk semangat patriotisme dan membina negara bangsa.

Fasiliti ini menjadi lokasi penganjuran pelbagai kursus, seminar, dan program kepimpinan kenegaraan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI untuk kakitangan awam, badan berkanun, swasta, mahasiswa institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan komuniti.

Pusat latihan ini dilengkapi fasiliti blok pentadbiran, dewan besar, dewan terbuka, bilik latihan dalam kumpulan (LDK), surau, penginapan peserta, penginapan urus setia, rumah VIP, dewan makan, tapak perkhemahan dan menara tali tinggi.

Penempatan fasiliti tersebut adalah di lereng bukit yang mana pergerakan berjalan kaki dari satu lokasi ke satu lokasi memerlukan pendakian atau menuruni anak tangga.

Satu pemandangan menarik adalah air terjun buatan yang dibina di batu besar yang sedia ada di kawasan tersebut.


2 comments: