Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah. Ia merupakan pusat
latihan di bawah kendalian Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Jabatan Perdana
Menteri ini terletak di Jalan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.
Jarak dari bandar Alor Gajah adalah kira-kira 20 kilometer
melalui Jalan Kemuning, Gadek dan Jalan Hutan Percha. Lokasinya tidak jauh dari
sempadan Melaka dengan Negeri Semibilan.
Biarpun PLK ini terletak bersebelahan dengan landasan kereta
api, stesen terdekat ialah di Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan. Jaraknya
kira-kira 14 kilomter.
PLK ini kini beroperasi sebagai hab strategik untuk memupuk
semangat patriotisme dan membina negara bangsa.
Fasiliti ini menjadi lokasi penganjuran pelbagai kursus,
seminar, dan program kepimpinan kenegaraan berteraskan nilai-nilai Malaysia
MADANI untuk kakitangan awam, badan berkanun, swasta, mahasiswa institusi
pengajian tinggi, pelajar sekolah dan komuniti.
Pusat latihan ini dilengkapi fasiliti blok pentadbiran,
dewan besar, dewan terbuka, bilik latihan dalam kumpulan (LDK), surau, penginapan
peserta, penginapan urus setia, rumah VIP, dewan makan, tapak perkhemahan dan
menara tali tinggi.
Penempatan fasiliti tersebut adalah di lereng bukit yang
mana pergerakan berjalan kaki dari satu lokasi ke satu lokasi memerlukan
pendakian atau menuruni anak tangga.
Satu pemandangan menarik adalah air terjun buatan yang dibina
di batu besar yang sedia ada di kawasan tersebut.



Terbaik info
ReplyDeletesemog bermanfaat
Delete