Friday, 1 June 2018

KEGUNAAN DAN KHASIAT BAYAM PRAKSI

Bayam praksi ada beberapa jenis. Bayam praksi ini batang dan daunnya lebih lembut. Daun bayam praksi jenis ini lebih lebar dan rendah. 

Bayam praksi selain sesuai dijadikan ulam dicicah dengan budu atau pencicah lain, juga boleh digulai atau digoreng sama seperti sawi atau sayur berdaun lain. Ia tumbuh melalui pembenihan dan subur di tempat lembap dan tanah gembur. 

Bayam praksi mudah ditemui di kawasan sekitar rumah atau kawasan agak teduh. Mudah ditanam di dalam pasu dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Pembajaan menggunakan tahi ayam atau tahi lembu amat sesuai untuk tumbesaran dan pembentukan akar.  

Bayam praksi dikatakan mujarab atau berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Memandangkan bayam praksi semakin mendapat permintaan ramai, kini ia dijual sebagai ulam di pasar tani atau kedai sayur-sayuran.  

Amalkan memakan ulam-ulaman untuk kesihatan dalaman dan luaran diri. Datuk nenek kita mengamalkan memakan ulam-ulaman dan ternyatakan berkesan menjadikan mereka sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment