Wednesday 19 February 2020

JAMBATAN PULAU PANTAI SURI DELTA MUARA SUNGAI KELANTAN

Penduduk di lembangan delta Sungai Kelantan terutama di sebelah jajahan Tumpat menggunakan pengangkutan bot untuk bergerak dari satu pulau ke satu pulau.

Namun terdapat juga antara pulau dihubungkan dengan jambatan. Jambatan terbaharu siap dibina ialah laluan dari Pulau Pantai Suri ke Pulau Haji Nik Mat.

Laluan baharu itu amat penting untuk pelajar dari Pulau Pantai Baru, Pulau Pantai Suri untuk berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.

Mengenai Pulau Suri, ia diterokai oleh seorang bidan kampung yang dikenali sebagai Suri sekitar 50 tahun lalu.

Sehingga kini, Pulau Suri mempunyai sekitar 50 keluarga yang melakukan pelbagai aktiviti ekonomi antaranya ekopelancongan sehinggakan ia terkenal sebagai salah satu destinasi inap desa.

Pasar Terapung Pantai Suri adalah salah satu daripada gugusan Pulau Suri yang menawarkan aktiviti perdagangan kepada pengunjung di atas bot.

Pasar Terapung Pantai Suri dimulakan pada September 2016 berjaya menarik ramai pelancong datang ke pulau tersebut. 

No comments:

Post a Comment