Tuesday 11 February 2020

CARA HAPUS SERANGAN SIPUT BABI ROSAKKAN TANAMAN

Siput babi menjadi musuh penanam sayur dan pokok berbatang lembut. Pokok yang baharu tumbuh dan daun lembut menjadi sasaran siput babi. 

Biarpun nampak pergerakkannya perlahan seperti tidak bermaya, namun keupayaan siput babi memusnakan tanaman amat dahsyat sehingga merosakkan penuhnya anak benih yang baharu tumbuh.

Tabiat siput babi ini adalah ia jenis haiwan nokturnal iaitu keluar waktu malam. Sebab itu sukar untuk mencari dan memusnahkan siput babi melainkan mencari dicelah batu, batang pokok dan tempat lembab yang menjadi habitatnya pada waktu siang.

Untuk menghalang kehadiran siput babi, biasanya petani akan menaburkan garam di laluan atau kawasan keliling pokok. Selain garam, bahan lain yang boleh digunakan ialah serbuk kopi.

Satu lagi bahan biasa digunakan untuk menghalang kehadiran siput babi ialah cengkerang atau kulit telur ayam. Ambil kulit telur dan dijemur kering. Kemudian ramas sehingga halus. Tabur hasil ramasan tersebut sekeliling pangkal pokok. 

Kesan tajam pada hujung sisa kulit telur itu tidak digemari oleh siput babi. Kulit itu juga boleh dijadikan baja kerana kaya dengan kalsium yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Cara menabur garam, serbuk kopi mahupun kulit telur sekadar menghalang dan bukannya menghapuskan.Tentu bukan mudah untuk menabur garam atau kopi jika kawasan kebun yang luas.

Cara berkesan untuk menghapuskan ialah mengutip siput babi dan kemudian dihapuskan dengan cara mengetuk cengkeram hingga hancur. Badan siput babi yang telah hancur itu elok ditanam atau ditimbus di kawasan pokok. Bangkai siput babi itu boleh dijadikan sebagai baja kepada pokok kerana kaya dengan kalsium.

Cara lain untuk menghapuskan siput babi ialah mengutip dan menghapuskan telurnya. Telur siput babi biasanya melekat di bahagian daun atau batang tanaman.

No comments:

Post a Comment