Monday 16 October 2023

POKOK SENDUDUK BERBUNGA CANTIK

 
Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek dan bercabang. Batangnya berkayu separa lembut dan boleh membesar sehingga tiga meter tinggi. Senduduk lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan. 
 
Pokok senduduk daripada famili melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Ia yang sangat mudah membiak dan tahan lasak.  

Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 centimeter. Daun hijau, tekestur kasar ditutupi dengan bulu-bulu halus.  
 
Pokok senduduk berbunga dan berbuah. Bunga senduduk memang cantik semasa kembang. Bunganya besar dan boleh mencapai sehingga 7 centimeter. Bunga senduduk menjadi pilihan serangga menghisap cecair bunganya.
 
Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis.
 
Jika makan buah senduduk akan meninggalkan warna unggu di lidah. Budak-budak dahulu suka makan buah senduduk yang telah masak. Manakala buah yang belum masak pula dijadikan peluru senapang kayu.
 
Buah matangnya mengandungi banyak biji benih. Buah senduduk akan “pecah” apabila matang. Biji yang gugur akan tumbuh menjadi pokok baru. 
 
Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar.
 
Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin.

No comments:

Post a Comment