Sunday 14 January 2024

BOT AMBULAN DI DELTA SUNGAI KELANTAN

 
Klinik Kesihatan Sungai Pinang terletak di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Seperti klinik kesihatan lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, fungsi utama klinik ini adalah memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar, termasuk dalam kes kecemasan.
 
Untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan yang diperlukan penduduk setempat, Klinik Kesihatan Sungai Pinang menyediakan bot ambulan untuk membawa penduduk pulau-pulau di delta Sungai Kelantan yang memerlukan perkhidmatan kecemasan.
 
Biarpun lokasi Klinik Kesihatan Sungai Pinang di daratan utama, namun penduduk di kepulauan seperti di Pulau Renjuna, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pulau Suri dan beberapa pulau lain memerlukan perkhidmatan bot ambulan untuk dibawa ke tanah besar sebelum dihantar menggunakan van ambulan ke fasiliti kesihatan lebih besar.   
 
Sebenarnya, di Pulau Renjuna terdapat Klinik Kesihatan Teluk Renjuna yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kepulauan delta Sungai Kelantan itu. Namun, kemudahan yang disediakan agak terhad, terutama untuk mengendalikan kes kecemasan yang serius.
 
Jadi, pesakit perlu dipindahkan atau dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan yang mana perkhidmatan bot ambulan diperlukan sebelum perjalanan disambung menggunakan van ambulan.
 
Sesungguhnya, dengan adanya perkhidmatan bot ambulan ini banyak memberi manfaat kepada penduduk di kepuluan delta Sungai Kelantan.
 
Kredit kepada pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment