Islam menganjur umatnya (sunat) supaya
mengingati mati. Sama ada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu
ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke
kubur dan sebagainya.
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya
dengan bercita-cita hendak mati. Bercita-cita hendak mati yang nekad
kerana putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam
mukmin.
Perbuatan bercita-cita hendak mati disebabkan
sedemikian ditegah oleh syarak (haram) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh
membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab
kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus
dengan secara bersandar.
Contohnya, berdoa bermaksud : "Ya
Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan
matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"
Adapun, tujuan mengingati kematian merupakan
cara terbaik menghisab diri tentang apa yang telah dilakukan sepanjang tempoh
hidup ini. Adakah kebaikan lebih banyak dilakukan, ataupun kejahatan
memenuhi kehidupan.
Dengan mengingati kematian menjadi ‘pengawas’
kepada diri daripada melakukan kejahatan. Mengingati kematian bermakna
kita menyedari tujuan hidup sebenarnya dan ke mana destinasi berikut akan
ditujui.
Sesungguhnya manusia dicipta untuk
memakmurkan dunia dengan menyembah dan beribadat kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: “Tidak Aku ciptakan
jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” –
(Surah adz-Dzariyat, ayat 56).
Kita
tidak tahu sampai bila Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk hidup di
dunia ini. Mungkin setahun lagi, sebulan lagi, atau mungkin esok hari
bahkan mungkin setelah membaca tulisan ini.
Hanya
Allah yang mengatur dan mengetahuinya. Tugas kita hanya mempersiapkan kembali
apa-apa yang perlu kita bawa dan yang boleh menyelamatkan kita pada hari esok,
hari pembalasan segala amal yang telah kita perbuat selama di dunia ini.
Jikalah
amal kebaikan kita lebih berat dari keburukan, niscaya surge tempat kita
kembali. Dan begitu juga sebaliknya jika amal keburukan lebih berat
timbangannya, Jahannam telah disediakan bagi mereka yang kufur atas segala
nikmat-nikmatNYA.
No comments:
Post a Comment