Perubatan alternatif secara spiritual atau
tradisional dibolehkan Islam dengan syarat tidak membabitkan keyakinan dan
perbuatan yang merosakkan akidah, tidak melanggar batas syariat, tidak
memudaratkan serta perlu menjaga etika.
Bagaimanapun, penelitian terhadap perbomohan khususnya di kalangan masyarakat Melayu mendapati ada beberapa unsur negatif dalam rawatan itu yang secara tidak langsung boleh menggugat kemurnian akidah serta mengakibatkan apa yang dilakukan berdosa.
Perkara yang menyebabkan berlakunya perkara sedemikian termasuklah penggunaan benda yang tidak suci dan kotor dalam perubatan.
Antara elemen negatif sering digunakan dalam perbomohan adalah penggunaan jin atau khadam, pemujaan makhluk halus, penggunaan perkhabaran ghaib serta tilikan atau nujum.
Malah, ada segelintir dukun atau bomoh mensyaratkan perubatan mereka lakukan menggunakan bahan kotor dan najis seperti darah, tengkorak manusia, tisu manusia, susu khinzir serta beberapa bahagian anggota badan tidak halal dimakan sebagai syarat berubat.
Penggunaan bahan berkenaan dalam perbomohan adalah tidak dibenarkan kerana ia dilarang oleh Rasulullah seperti dalam hadisnya yang diriwayatkan Abu Daud, bermaksud: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dia menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, maka berubatlah kamu tetapi janganlah berubat dengan sesuatu yang haram”.
Selain daripada itu, ada juga sebahagian perubatan perbomohan yang turut dikenali sebagai rawatan alternatif ini diselewengkan dengan kepercayaan yang menyalahi akidah bagi memperkukuhkan kemujaraban dalam proses perbomohan mereka.
Ada segelintir pengamal perubatan ini yang memegang iktikad yang pelbagai, antaranya perlu meyakini dirinya lebih tua sehari daripada Tuhan, menjadi Imam Mahadi, kubur mempunyai kuasa penyembuh dan beberapa lagi iktikad yang menyalahi iktikad.
Selain itu, ada juga yang menyalahgunakan ayat suci al-Quran dengan memutarbelitkan bacaan, mencampur adukkan bacaan dengan jampi serapah dan mentera serta perbuatan lain yang tidak sepatutnya.
Rawatan kerohanian adalah rawatan bersumberkan al-Quran dan hadis nabi, menggunakan doa, bacaan atau kaedah spiritual tertentu di samping penggunaan bahan fizikal secara tradisional dan dalam tradisi keilmuan Islam rawatan ini juga disebut sebagai ‘ilaj rabbani’ dan pakarnya disebut sebagai ‘mu’alij’.
Berbeza dengan rawatan kebatinan, pakar untuk kaedah ini lebih dikenali sebagai dukun atau bomoh. Jelasnya, beberapa faktor yang boleh mengakibatkan serta menyumbang kepada terjadinya penyelewengan dalam perbomohan antaranya jahil serta tidak mengetahui perbomohan terutama apabila membabitkan penggunaan makhluk halus adalah salah di sisi agama.
Kejahilan inilah yang menjadikan mereka kadang-kala berpegang dengan keyakinan yang menyalahi iktikad, melakukan perkara yang melangkaui hukum serta mempunyai tanggapan salah terhada makhluk halus dan cara mengendalikannya.
Selain kejahilan terhadap agama, mereka yang terbabit dalam penyelewengan rawatan kebatinan ini juga terjebak disebabkan ingin memenuhi tuntutan kepentingan peribadi, termasuk faktor ingin membalas dendam sehingga lupa tindakan dilakukan itu bercanggah dengan agama.
Terdapat juga mereka yang terbabit dalam perubatan bercanggah ini adalah disebabkan berlakunya kekeliruan dan kesamaran kerana sesetengah orang mungkin senang terpukau dan terpengaruh dengan sesuatu yang luar biasa dan sering terjadi dalam kaedah rawatan perbomohan.
Di dalam sejarah Islam, memang ada kaedah perubatan tertentu yang diamalkan Rasulullah dan sahabat bagi menyembuhkan penyakit. Selain cara perubatan biasa, mereka juga menggunakan doa mathur khusus untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti yang dijelaskan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawiyy dan Imam Muwaffiq al-Din Abdul Latif dalam kitabnya al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah.
Amalan rawatan yang dibenarkan syarak perlu disertai dengan doa mathur daripada Rasulullah. Baginda pernah membenarkan seorang sahabat untuk menjampi dengan membaca doa kepada sahabatnya yang terkena sengatan kala jengking.
Dalam satu hadis Imam Muslim, Abu Zubair berkata, "Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata ada seorang lelaki daripada kalangan kami terkena sengatan kala jengking. Ketika itu, kami duduk bersama Rasulullah. Lalu seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampi? Jawab Baginda, "Sesiapa daripada kamu yang berupaya memberi manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukannya".
Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan Muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut perspektif akidah Islam, persoalan perubatan terhadap pesakit adalah satu persoalan yang sewajarnya difahami setiap Muslim. Ini kerana dalam Islam, hanya Allah saja yang berkuasa. Setiap manusia dikehendaki berikhtiar merawati penyakit dan kesakitan yang dihadapinya berdasarkan garis panduan ditetapkan syarak.
Firman Allah SWT bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus, ayat 106)
Ayat di atas jelas melarang umatnya meminta pertolongan selain daripada Allah seperti bomoh, jin, roh datuk nenek, roh wali, syeikh, amalan syirik yang terkutuk. Oleh yang demikian, setiap Muslim dituntut meminta pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, "Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari darimedan perang
dan menuduh perempuan baik melakukan zina". (Hadis Bukhari)
Sehubungan itu, seseorang pesakit hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemuinya itu seorang Islam yang tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain, berakal waras, tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan.
Masyarakat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Yang penting di sini, setiap Muslim diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.

Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, "Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari
Sehubungan itu, seseorang pesakit hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemuinya itu seorang Islam yang tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain, berakal waras, tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan.
Masyarakat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Yang penting di sini, setiap Muslim diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment