Wednesday, 23 December 2020

CARA PENGURUSAN PESAKIT RANTAIAN COVID-19

Tugas saya adalah terangkan semula lapisan kategori pesakit yang terlibat dalam COVID-19. Jom baca seterusnya.

INDEX CASE (IC)
- Adalah kes yang didapati sahih positif melalui ujian swab kerongkong (secara tepatnya RT-PCR).
- IC diwajibkan masuk hospital COVID-19 untuk rawatan minima 14 hari.
- Dibenarkan keluar hanya keputusan ujian negatif.
- Kontak Rapat beliau akan diarahkan menjalani saringan.
 
PERSON UNDER INVESTIGATION (PUI)
- Adalah kontak rapat kepada IC. PUI ini lapisan 1.
- Maksud Kontak Rapat adalah:
- Yang pernah bersosial / berprogram  dengan IC melebihi 15 minit, lebih-lebih lagi di kawasan yang tertutup.
- Duduk serumah atau sepejabat dalam ruang waktu yang munasabah.
- Duduk bersama dengan IC dalam jarak yang rapat.
- Bersentuhan fizikal dengan IC.
- Petugas kesihatan yang menguruskan IC tanpa memakai alat perlindungan.

Apa yang PUI kena buat?
- PUI diwajibkan jalani ujian saringan COVID-19.
- Jika keputusan POSITIF --> Status bertukar jadi IC.
- Jika keputusan NEGATIF: Hendaklah kuarantin kat rumah selama minima 14 hari. Ujian saringan akan dibuat secara berkala mengikut keperluan.
- Jika BERGEJALA dalam tempoh tersebut WAJIB di kuarantin kat pusat kuarantin yang ditetapkan.
- Pohon jujur dengan istilah kuarantin kat rumah. Jangan ke sana ke sini dan ikut arahan kuarantin dari pejabat kesihatan.
- Program atau mesyuarat maya boleh dijalankan. COVID-19 tidak berjangkit melalui internet.

PERSON CLOSED CONTACT PUI
- Adalah individu lapisan ke 2. Di mana beliau tidak pernah bersua dengan IC tetapi berhubung rapat dengan PUI.
- Selagi PUI berkeputusan negatif beliau tetap jadi lapisan ke 2.
- Jika PUI POSITIF dia bertukar status PUI pula.

Apa perlu dia buat?
- Jangan panik. Duduk rileks. Jangan kepoci.
- Tunggu keputusan ujian dari lapisan 1 - PUI. Selagi keputusan tak keluar, buat kuarantin kendiri kat rumah. Biasanya keputusan keluar dalam tempoh 48-72 jam.
- Kalau PUI POSITIF dia wajib jalani ujian swab kerongkong.
- Kalau PUI NEGATIF, beliau bebas! Tetapi senantiasa kena selalu beringat. Kalau bergejala sila tampil ke klinik untuk saringan.

LAPISAN KE 3
- Individu yang tiada kena mengena dengan mana-mana lapisan di atas.
- JANGAN PANIK
- Hidup seperti biasa dalam norma baharu.
- Patuhi SOP
- Beri nasihat yang baik-baik, jangan kutuk orang. Nasib dan rezeki setiap kita berbeza-beza.

Sekian.
Dr Suhazeli Abdullah
6.10.2020
Tengkawang

No comments:

Post a Comment