Didapati
warga maya mudah memberi reaksi kepada sesuatu gambar tanpa memahami keadaan
sebenar.
Tular
di media maya gambar YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS)
berada di dalam pesawat bersama beberapa individu.
Gambar
itu nampak biasa, tetapi telah dijadikan isu kononnya telah berlaku ‘penyalahgunaan’
harta kerajaan. Ia satu persepsi negatif terhadap DSIS ketika beliau baharu
menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.
Ini
perkara yang sepatutnya diketahui warga maya dan rakyat keseluruhannya.
Pesawat
ini adalah pesawat rasmi untuk Perdana Menteri pergi ke mana-mana destinasi dalam
menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.
Dalam
pesawat itu turut dilangkapkan kemudahan meja pelbagai guna yang antara lain
boleh dijadikan meja mesyuarat.
Setiap
ruang masa perlu digunakan oleh Perdana Menteri sebaik mungkin. Ini termasuklan
bermesyuarat, memberi atau menerima taklimat dan hal-hal lain yang perlu
dilakukan segera ketika menuju ke satu-satu destinasi.
Mereka
yang hadir sudah tentu menerima jemputan dari DSIS. Ia satu keperluan untuk
melunaskan hal-hal yang berkaitan pentadbiran negara.
Dalam
gambar ini adalah Ahli Parlimen, pegawai Perdana Menteri dan pegawai tertinggi
kerajaan.
Lainlah
jika dalam gambar tersebut ada Dafi dan ahli keluarga DSIS. Kalau begitu ada
lojik juga mengapa mereka menggunakan kemudahan kerajaan dengan tidak
selayaknya.
Diingatkan
kepada warga maya, Isu remeh jangan cuba diperbesarkan.
Dan
dingatkan juga kepada mereka yang dijemput Perdana Menteri naik pesawat ni
jangan la ambik gambar kemudian dimuat naik dalam media sosial. Jangan
timbulkan persepsi, sebab ramai yang menunggu untuk dijadikan isu.
No comments:
Post a Comment