Saya
mahu kongsikan sesuatu fakta yang mungkin kita semua lupa dan tak perasan.
Hanya seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia yang pernah berada pada kerusi
Ketua Pembangkang. Ia berbeza dengan Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana
Menteri tetapi menjadi pembangkang selepas itu.
Perdana
Menteri Ke-9 YAB Dato Sri Ismail Sabri (DSIS) pernah dilantik sebagai Ketua
Pembangkang kepada kerajaan PH pada 7 Mac 2019 mengepalai barisan pembangkang
yang terdiri daripada PAS, GPS dan beberapa BEBAS sehinggalah kerajaan PH
tumbang pada 24 Febuari 2020.
Satu-satunya
Ketua Pembangkang yang berjaya menjadi Perdana Menteri ialah DSIS. Berbeza
dengan Anwar yang sudah beberapa kali menjadi Ketua Pembangkang tetapi masih
gagal menjadi Perdana Menteri.
Apa
yang saya cuba kongsikan ialah supaya kita melihat sejarah perjalanan Perdana
Menteri kita dan dari itu kenapa kita boleh yakin dengan kebolehan dan
kemampuan PM9 kita.
Bukan
mudah menjadi Ketua Pembangkang kepada sebuah kerajaan terutamanya kerajaan PH
yang menggunakan segala kuasa untuk menekan dan menzalimi pembangkang ketika
itu.
Menjadi
jurucakap kepada rakyat untuk menentang segala dasar yang telah direncanakan
oleh PH yang ternyata mahukan kesamarataan kaum berlaku di Tanah Melayu ini.
Bukan
senang mahu membuktikan segala perancangan PH ketika itu adalah salah dan
akhirnya akan memberikan kesan kepada perpaduan kaum dan kesejahteraan seluruh
rakyat.
Kejayaan
demi kejayaan yang dicapai DSIS ketika itu https://malaysiagazette.com/2021/06/29/jangan-persiakan-keberadaan-ismail-sabri-angkat-maruah-umno/
Dilantik
sebagai Menteri Kanan dalam kerajaan yang diketuai TSMY dan menjadi ahli
parlimen tertinggi dari UMNO (Naib Presiden) di dalam kerajaan mewakili UMNO
sebagai penghubung kerajaan dan UMNO.
Dilantik
sebagai TPM pada 7 Julai 2021 dan merupakan TPM paling singkat setelah mendapat
kepercayaan 114 ahli parlimen untuk diangkat dan diperkenan oleh YDPA sebagai
PM Ke 9.
Kesemua
perjalanan politik DSIS tidak terjadi dengan sendirinya. Beliau mendapat
kepercayaan rakan-rakan dari pelbagai parti. Beliau melalui pelbagai rintangan
dan halangan.
Beliau
dilabelkan dengan pelbagai tohmahan dan cacian dari luar dan dalam. Manusia
merancang dan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.
DSIS
dilabelkan sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat. Sepanjang mengetuai
jawatankuasa Covid19, beliau banyak mendengar dan menerima pandangan rakyat di
media sosial.
Menjadi
tanggungjawab DSIS untuk membaca setiap pandangan dan juga cemuhan demi
memastikan tindakan dan keputusan yang dibuat kerajaan akan membantu meringankan
beban rakyat.
Apa
yang kita harus lakukan ialah mengajak seluruh rakyat untuk sama-sama menyokong
Perdana Menteri baru ini demi memberikan ruang dan peluang kepada pasukan
mereka yang akan mencorakkan masa depan Malaysia demi rakyat.
………………………………………………….
Kita
telah belajar dan menyesali apa yang berlaku pada PRU-14 bila kita termakan dan
mempercayai fitnah yang direkayasa sehingga menumbangkan kerajaan BN.
Kita
juga telah melihat bagaimana pemerintahan PH yang menzalimi rakyat dan
mencetuskan suhu hubungan antara kaum yang membimbangkan.
Kita
baru saja melihat sebuah lagi kerajaan PN tumbang hasil dari keberantakan
antara parti dalam kerajaan.
Doa
kita dikabulkan oleh Allah SWT selepas gabungan PH yang diketuai Anwar
sememangnya tidak pernah ada majoriti, tidak seperti yang mereka selalu dakwa
dan mengaku bahawa mereka memiliki angka dan jumlah meyakinkan untuk menubuhkan
kerajaan.
Jumlah
92 sokongan dari ahli-ahli parlimen PH tidak cukup untuk membolehkan Anwar
diangkat sebagai Perdana Menteri. Itu hakikatnya.
Dari
segala rentetan di atas. Ianya menjelaskan kepada kita bahawa semuanya tentang
keputusan kita sebagai rakyat. Kita yang memilih pemimpin. Kita yang
mencorakkan lanskap politik negara. Tangan kita yang mengundi mereka. Tangan
kita jugalah yang akan menjatuhkan mereka.
Justeru
itu, peluang yang dianugerahkan Allah untuk kita memiliki seorang Perdana
Menteri baharu dalam keadaan pandemik masih membimbangkan ini harus kita
manfaatkan sebaiknya.
Jangan
kita menjadi tangan yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik negara.
Jangan kita menjadi sebahagian mereka yang sentiasa mereka fitnah untuk
menjatuhkan kerajaan yang ada.
Sikap
ingin “cuba-cuba” telah membuktikan bahawa kita telah tersilap pilih pada PRU14
yang telah membawa kepada ketidakstabilan politik sehingga kini.
Saya
yakin bahawa jika kerajaan baharu ini berjaya membawa kita keluar dari pandemik
ini dengan jaya maka kita harus mempertahankan kerajaan ini pada PRU15 nanti.
Melayu
tidak lagi boleh berpecah atau dipecahkan. Perpecahan sokongan Melayu kepada
parti-parti yang banyak telah membuktikan bagaimana Melayu itu hilang suaranya
dan hilang kekuatannya.
Apabila
Melayu berpecah maka rakan kita dari kepelbagaian kaum juga akan merasakan
kesannya. Mereka tahu jika Melayu bersatu maka rakan kita dalam kepelbagaian
kaum dan anutan agama akan mendapat manfaat dari kekuatan bangsa Melayu itu
sendiri.
Kerajaan
baharu ini telah mengajak kita agar menjadi sebuah “Keluarga Malaysia”. Dengan
“Keluarga Malaysia” ini kita sama-sama menuju kejayaan menangani pandemik.
Dengan “Keluarga Malaysia” ini kita mampu bina kembali negara kita.
Dengan
“Keluarga Malaysia” ini kita ketepikan perbezaan warna kulit dan keturunan.
Dengan “Keluarga Malaysia” ini kita sama-sama cipta sejarah untuk sebuah negara
yang kekal aman dan harmoni hidup sejahtera dalam kepelbagaian bangsa dan
agama.
Beri
kepercayaan dan bina keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri YAB Dato Sri
Ismail Sabri. Kita yakin beliau mampu melaksanakan tugas besar ini demi
“Keluarga Malaysia”.
Kita
yakin dengan rakyat bersatu padu maka lebih mudah untuk kerajaan menguruskan
negara kita.
Saya
yakin dengan sokongan “Keluarga Malaysia” maka kita akan mewujudkan sebuah
negara yang tidak mudah untuk dirobohkan dengan perpecahan.
#KeluargaMalaysia
#ILoveMyPM
WKI
No comments:
Post a Comment